Monday, March 21, 2011

Mafin Bluberi dan Mafin Pandan- Resepi 2

Salam Sejahtera semua... terima kasih banyak-banyak kerana terus menyokong K.An dalam perkongsian pelbagai resepi hidangan harian kegemaran semua.. Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi kita hari ini dan dapatlah K.An terus menulis dan bersiaran..... Almaklum, baru tadi tengok berita di TV dan disiarkan berita tentang beberapa orang mangsa gempa dan tsunami di Jepun yang terselamat walaupun selepas 9 hari kejadian. Itulah yang ditakdirkan Allah SWT.

Hari ni K.An kongsikan satu lagi resepi mafin bluberi kegemaran K.An dan juga mafin pandan sebagai resepi sampingan. K.An memang tak tahan godaan mafin.. nampak je resepi kat majalah,  mesti nak cuba.
Berbeza dengan resepi klasik sebelum ni, mafin kali ni lebih gebu dan ringan kerana perbezaan teknik yang digunakan ketika penyediaan adunan. Apapun 5 bintang K.An bagi untuk resepi... sungguh sedap dan yang pasti , tak cukup makan 1, 2 atau 3.....
Resepi asal; kumpulan chef dari Hotel Nikko KL, yang disiarkan dalam majalah Rasa Edisi Rumah Terbuka 2010

Bahan-bahan: menghasilkan lebih kurang 100 biji mafin bersaiz sederhana.

500 gm gula
250 gm mentega (resepi asal  gunakan mentega tanpa garam)+ 5 gm garam jika gunakan mentega tanpa garam
7 biji telur A
750 gm tepung kek
60 gm baking powder
500 ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
jem bluberi secukupnya

Cara membuatnya:

1. Pukul gula, mentega dan garam di dalam sebuah bekas dengan kelajuan sederhana.
2. Apabila sudah kembang, masukkan telur. Kacau sebati.
3. Selepas itu, masukkan tepung kek dan baking powder yang telah diayak bersama.Kacau lagi hingga sebati
4. Masukkan susu dan esen vanilla.Kacau perlahan gunakan senduk atau whisk hingga sekata.
5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kek yang dialas atau acuan separuh penuh. Sudukan/ paipkan jem bluberi. Tutup dengan sedikit lagi adunan hingga 3/4 penuh acuan.
6. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 25-30 minit atau mafin masak. Sejukkan sebelum  dihidang atau disimpan di dalam bekas kedap udara.

Mafin sedap dimakan ketika telah sejuk atau keesokan harinya kerana mafin akan menjadi lembap dan lebih gebu.
K.An buat separuh adunan menghasilkan lebih kurang 50 biji mafin saiz sederhana... puas kami makan dan bawak bekal jenguk anak-anak di asrama...

Tambahkan peawrna hijau dan perisa pandan menggantikan esen vanila di dalam adunan. jadilah Mafin pandan. K.An taburkan cip coklat untuk lebih menarik.

3 comments:

Sh. Mariam said...

Salam Raihan,Terima kasih sebab share resepi mafin ni......cuma akak ni nak tanya gula 500 gm tu tak manis sangat ke?maklomlah dah senja2 ni....bimbang gak manis2 ni tapi nak gak buat hihiii...terima kasih

fashah84 said...

salam..kak...resepi ni mmg bleh dpt 100 biji muffin ker?kalo ganti ngaan tepung gandum ok ker?

Raihan Shaari said...

Wannyer Riad: Salam kembali.. resepi ni dlm kuantiti yang banyak. Mula tengok pun mcm 500 gm tu terlebih manis.Tapi memang betul sukatan tu.
An buat separuh adunan je, guna 250 gm - buang sikit dlm 2 sudu besar sb mmng suka kurang manis... jadi kalau akak suka kurang manis, buang la sikit dalam 3 sudu besar gitu.. ikut citarasa..

Fashah84: dalam majalah tu dia gunakan cup besar.. katanya 20 biji, tapi bila K.An buat, guna saiz cup sederhana, walaupun separuh adunan, dah dapat dlm 50 biji... jadinya kalau adunan penuh dptle lebih kurang 100 biji..
Setakat yang K.An buat mafin, guna tepung kek, mafin lebih gebu dan sedap.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin