Friday, October 15, 2010

Acar Rampai

Lebih kurang 16 tahun lepas, masa kenduri kahwin K.An, acar rampai ni adalah antara menu yang dihidangkan untuk semua tetamu. 'Favourite' K.An dan siap bagitau arwah ayah awal-awal, lauk ni wajib ada masa K.An kahwin....hihihii.. suka sangat sampai boleh ratah macam tu saja sebab ada rasa rangup-rangup gitu ketika dikunyah...

Ada yang mintak resepinya dan kebetulan lepas raya hari tu, K.An tertengok satu rancangan masakan berbahasa Cina di TV2..kikikih... semua rancangan masakan K.An tengok tau...Kalau tak silap nama rancangan tu Selera tradisi.. Auntie tu masak rendang ayam dan Acar macam acar rampai ni... Macam biasa, ingat langkah-langkahnya dan bila dicuba, alhamdulillah memang sedap dan tak kurang rasanya dengan yang dimasak tukang masak kenduri kahwin K.An dulu-dulu tu... (pakcik tu dah tak ada juga, macam arwah ayah- rindu dengan masakan mereka sebenarnya)

Bahan-bahannya boleh ditambah atau dikurangkan ikut citarasa.
Bahan-bahan: (satu hidangan untuk 3 orang)

1/4 batang timun- dibelah, buang bijinya dan potong memanjang- tak perlu kupas kulit
1/4 batang karot- potong 1 inci panjang
1 urat kacang panjang- potong 1 inci panjang
sedikit kobis- jika suka
sedikit nenas- dipotong kecil
1 sudu besar kismis
1 sudu besar bijan- disangrai dahulu
1 sudu besar kacang tanah yang disangrai dan ditumbuk
1 sudu besar cili kisar
1 sudu teh rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
2 sudu besar cuka
garam dan 2 sudu besar gula
minyak untuk menumis

*** K.An tambah jeruk buah salak yang dihiris kecil sebagai penambah bahan. boleh juga ditambah jeruk buah yang lain ikut citarasa...

Cara membuatnya:

1. Didihkan 2 cawan air di dalam periuk. Celur sayuran berasingan di dalam penapis. Karot selama 1 minit. Kacang panjang, 2 minit. Kobis- 1/2 minit. Toskan.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali . Tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga wangi. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan cuka dan semua sayuran. Masukkan juga kismis, bijan,kacang tanah, garam dan gula. Gaul sebati. Matikan api dan sedia dihidang bersama nasi minyak/putih, ayam masak merah dll....

selamat Mencuba

4 comments:

Mrs. Nurulazmi said...

Salam taaruf dan salam ziarah, Kak An.
Haduh...sedap nya acar rampai tu kak. Teringat kenduri kawen dibuatnya.. nanti vee nak cuba jugak resepi kak An =).

Bittersweetflavours said...

Macam terbau2 plak acar ni ke luar pc... cantik menarik.. telan ayo lio je le...

{ finie } said...

salam..

dalam siri penjelajahan blog ke blog..dan jumpa lagi blog masak2..bestnya! Acar ni kegemaran saya..makan dgn nasi beriyani mmg matching..salam perkenalan.. sy follow ok..

ARMY'S WIFE said...

kwn blogger yg baru...akk zai

mmg fav acar nie....sodap

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin