Dua hari lepas, K.An ke pasar Presint 8 ni... nasib tak pengsan je nengok harga ikan melambung tinggi. Katanya cuma ikan import yang naik harga.. tapinya ikan bawal 'kecik' yang rasanya datang dari Kuala Selangor pun mencecah RM 20 sekilo. Belum lagi tenggiri, siakap dan ikan Merah.
Sudahnya, K.An balik dengan sayur-sayuran, telur ayam sepapan dan 4 biji telur itik. Semalam, buat masak lemak cili api telur itik dengan belimbing buluh, goreng baby-kailan, dan goreng ikan tamban masin..... Biarkanlah ikan naik harga, kita cari le makanan lain buat sementara waktu ni.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)
200 gm baby-kailan (potong 1 inci panjang)
1 keping ikan tenggiri masin
3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah ditumbuk kasar
1 sudu teh sos ikan
**1 sudu teh sos tiram
**1 sudu besar kicap manis
garam jika perlu.
Cara membuatnya:
1. Didihkan 2 cawan air bersama 1 sudu besar minyak masak di dalam periuk. Apabila mendidih, padamkan api dan masukkan sayur baby- kailan yang telah dibersihkan. Biar 3 minit. kemudian toskan. Proses ini adalah bagi mengekalkan kerangupan dan warna hijau sayur yang akan dimasak nanti.
2. Proses menggoreng memakan masa yang cukup singkat. Sediakan bahan secukupnya sebelum memasak.
3. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga separa garing. padamkan api. Angkat, buang tulangnya dan hancurkan. Ketepikan dahulu.
4. Gunakan kuali dan minyak yang sama untuk menumis bawang sebentar sahaja. Masukkan sos ikan, kicap dan sos tiram. Tambahkan sedikit air jika ingin sayur berkuah sedikit. Masukkan ikan masin dan sayur. Tambah garam jika perlu. Padamkan api dan gaul sebati. Hidangkan bersama nasi dan lauk-pauk lain.
*** jika menggunakan kailan biasa, asingkan batangnya dan hiris nipis. Jika tidak dicelur, masak batangnya dahulu hingga lembut dan kemudian baru masukkan bahagian daun agar daun tidak terlalu layu.
Apa kata kita suma boikot je ikan, di SA ni ikan tenggiri seekor pun 24/kg. yg potong lagi mahal... makan sayur jek le...
ReplyDeleteAa..aa K.rose. rega mahal melampau kan..
ReplyDeleteHari ni An tak pegi pasar, tak tau le apa perkembangannya. Yang kesiannya cik abg saya tu gout, kena pantang ayam, daging.. ikan pulak le mahal skrg. Pening jugak dibuatnya..
akak.. nak tanya mana nk dpt sos ikan tu?
ReplyDeleteFuuhhhh la la... Boleh didapati di pasaraya kat tempat kicap, sos dan sebagainya. Cari Fish Sauce... selalunya ada tulisan Siam. K.An beli jenama Puteri yang ada tanda HALAL. Mudah dicari di pasaraya besar.
ReplyDelete