Monday, January 11, 2010

Roti Putih Berkismis

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua... moga semua sihat dan ceria dan berselera nak makan hari ni ye...
Semenjak dua menjak ni, perut K.An ni kerjanya 'lapooor' je.. rasanya macam baru sudah makan, tapi berbunyi-bunyi lagi minta diisi... bukan setakat K.An, baby Maryam ngan 'Aisyah pun lebih kurang sama... kejap-kejap nak makan. Kenalah K.An sediakan banyak sikit kudapan..

Selain kuih dan biskut, kudapan yang senang disediakan, apa lagi roti le... macam-macam jenis boleh dibuat.. Macam roti putih ni, dah banyak kali buat, cuma kali ni K.An tambah sikit kismis, gula dan ganti air suam dengan susu. Jadi rasanya lemak-lemak manis.. memang sedap..

Resepinya dah pernah letak sebelum ni.. boleh tengok kat sini ye..

Resepi asal daripada kawan lama K.An- Bani nun jauh di Malaysia Timur tu...

Bahan-bahan: (separuh daripada resepi asal sebab yang asal banyak..)

250 gm tepung roti
1 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh penuh yis mauripan
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar suam
segenggam kismis

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kecuali susu suam ke dalam mangkuk. Campurkan susu sedikit demi sedikit sambil uli bahan hingga menjadi doh yang licin dan kenyal. Kalau nak doh yang elok uli dengan teknik tarik dan tolak guna dua-dua belah tangan. Ataupun guna tips Ros Tokyo, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan uli selama 10-15 minit. Keluarkan dan uli lagi hingga doh licin.

2. Kalau ada bread-maker, masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekan setting doh. Tambah susu siskit demi sikit hingga doh siap diuli.

3. Perap doh selama 1 jam. Lepas 1 jam, tumbuk doh untuk mengeluarkan udara dan uli lagi. K.An bahagikan doh kepada 3 bahagian. Bentukkan bujur (ikut citarasa masing-masing) dan masukkan ke dalam loyang macam dalam gambar di bawah. Perap lagi 45 minit hingga roti kembang.

4. Panaskan oven ke suhu 190 darjah celsius. Letakkan loyang di tengah-tengah oven. Bakar roti selama 20-30 minit atau hingga roti keperangan...(ikut oven masing-masing)

5. Bila roti dah masak, keluarkan roti dan sapu margerin di atasnya agar permukaan roti cantik. (Ikut petua Mat Gebu)

Setelah dipotong, dapat satu bekas penuh roti ni... tapi sehari je dah habiiiis... sapa-sapa nak mintak tu.. sori ye, tempah untuk akan datang ye.. heheh..

4 comments:

My Life My Journey.. said...

An,
Bagus ni, boleh cuba.. Kat sini roti murah2 tapi esok blk Swak mula la pening kepala, sekali masuk kedai roti RM30 tak pernah kurang hehehe..

Raihan Shaari said...

Betul K.Fa.. An pun sama.. kalau masuk kedai roti semuanya nampak sedap.. yang bulat, leper, ada krim, pedas, panjang.. semuanya nak beli. Dah ramai tentera ni, memang kena buat sendiri sekali-sekala.. save budget..

marsya said...

kak An...roti tu bhgn atas dia keras @ lembut? Biasanye klau sy buat, lps bakar bhgn atas tu jadi keras la..even dah letak marjerin pun...

Raihan Shaari said...

Zura; untuk roti putih ni, bahagian atasnya agak rangup, tapi bahagian dalamnya lembut dan kenyal. Tapi tak keras macam roti perancis tu...

Kalau nak roti yang bahagian luarnya lembut, guna resepi roti kentang atau roti manis yang lain.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin