Monday, January 25, 2010

Kek Ulangtahun Kelahiran ke-38

Dua hari lepas, pada tanggal 23 Januari 2010, genaplah 38 tahun umur K.An mengikut perkiraan tahun Masihi. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang mengurniakan kehidupan bahagia bersama suami anak-anak, kaum keluarga dan rakan-rakan tercinta.

Pada tahun ini, buat pertama kalinya dengan kemajuan teknologi, K.An menerima ucapan bukan sahaja dari rakan terdekat, tetapi rakan-rakan dari seluruh pelusuk Malaysia dan dunia. Bagus juga ada Facebook yang menghubungkan tali silaturrahim yang dulunya mungkin mustahil di fikiran kita kan. Terima kasih tak terhingga K.An ucapkan atas ingatan semua teman-teman.

Kali ni, memandangkan Iqbal di asrama, maka kami beli kek dan bawak makanan ke sekolah Iqbal dan makan sama-sama. Yang betul punya tunggu minggu depan bila Iqbal balik bermalam. Kek German Blackforest ni kami beli di Baker's Cottage dekat rumah kami tu... Puas hati dan memang sedap. Liciiiin tanpa berbaki sikit pun. K.An pilih kek dari Baker's Cottage sebab kalau disemak sijil halal JAKIM yang diterimanya sangat menyeluruh meliputi setiap jenis roti, kek dan bahan-bahan mentah yang digunakan. Jadi selain sedap dimakan, hati pun lapang sebab tahu halalnya....

6 comments:

Pipah said...

Happy Birthday Cik An! :)

openid said...

Salam Kak An,
Selamat hari lahir ke 38... semoga akak akan terus bahagia di samping keluarga tersayang... semoga akak dipanjang kan umur dan dimurahkan rezeki selalu :)

My Life My Journey.. said...

Salam An,
Tak terlambat lagi kot unt nk wish happy birthday kat An.. Moga diberi Allah kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan menyusuri hari2 sebagai suri dan ibu.. U r such a wonderful wife & mom An, really admire u..!!

Umi said...

salam...
Happy Belated Birthday Kak Ann...
Semoga mendapat keberkatan dunia akhirat..Blog dan resepi Kak Ann best tauu.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak An..Happy Birthay semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan....Berbahagia dan gembira selamanya....

nor hazlin said...

Salam kak An..
Happy belated birthday kak An. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
- Lynn (wife mus)-

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin