Friday, December 25, 2009

Lemak Kuning Ikan Plotan

Pastinya ramai yang tak pernah dengar nama Ikan Plotan ni kan...? Lagipun ikan ni memang jarang sangat ada di pasar-pasar di bandar yang jauh dari laut.. Kalau di Putrajaya ni pun seingat K.An, sejak tinggal di sini tak pernah K.An nampak kelibatnya di pasar. Jadinya, diampunkan le kepada sesiapa yang tak kenal ikan ni.

Yang pasti, rasanya memang sedap kalau dibuat, kari, sup, asam pedas ataupun masak lemak kuning atau masak lemak cili api. Kena pulak kalau ada telurnya sekali... hmmm memang berebut le jawabnya...

Rupa ikan ni ala-ala ikan baung dan ikan patin... rasanya lemak-lemak dan isinya lembut apabila dimasak. Kampung K.An yang berdekatan dengan kawasan nelayan di Kuala Kurau, memang tiada masalah untuk mendapatkan ikan ni..
Apapun kita layan resepi kali ni...


Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

1 ekor ikan Plotan berat lebih kurang 1 kg- siang, bersihkan dan potong kecil-kecil
10 tangkai kacang bendi

Bahan ditumbuk halus:
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 sm halia
1/2 inci kunyit hidup

4 cawan santan daripada 1 biji kelapa
1 batang serai dititik
2 keping asam keping- boleh diganti dengan belimbing buluh jika suka

garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Perlahankan api, kacau hingga ikan dan bendi masak. Tambah serbuk kunyit jika perlu. Rasa garam, asam dan gula. Jika cukup, boleh dipadamkan api dan dihidang.

5 comments:

arbaieyah said...

sedapnya kak...

ijan blogresipi.com said...

yang ni pun mengancamni kak An... tak leh tahan nengoknye.kena cari ikan buat gulai kuning2 jugak nie.

Raihan Shaari said...

arbaieyah:... nak jemput makan sekali pun dah tak sempat.. da abiiish..!!

Ijan... dah slim K.An tengok sekarang.. boleh sangat dah makan berlemak camni..heheh.. Mikael pun boleh join skali..

AbbotCottage said...

k.an ni, bbtol bikin org terliyo...slurpppppppppp

Sue @ Nenie said...

Wahhh..menariknya...Nampak pun cam sedapppp

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin