Wednesday, February 4, 2009

Sotong Aneka Rasa

Jemu dengan sambal sotong? Cubalah resepi ringkas K.An ni...


Bahan-bahan: (Hidangan untuk 3 -5 orang)

500 gm sotong dibersihkan dan dipotong kecil
1/2 labu bawang besar dihiris membujur
2 ulas bawang putih diketuk
1 biji cili merah dihiris serong
1 sudu besar rempah kari dibancuh dengan sedikit air
1 biji telur

2 urat kacang panjang dipotong 1 inci panjang
sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak dalam periuk. Tumis Bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga wangi. Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sotong dan sedikit serbuk kunyit. Kacau dan tutup periuk 2 minit. Buka tudung periuk, pecahkan telur. Masukkan kacang panjang dan kacau rata. Masak hingga kacang panjang lembut.

3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutup api. Sedia dihidang.

1 comment:

  1. sedapnye. saya tak penah terfikir pulak sotong boleh masak macam ni. nanti nak cubelah.. hehe

    ReplyDelete