Assalamualaikum wrt wbt...
Pagi ini sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana masih memanjangkan umur kita bagi terus menikmati kehidupan di dunia ini. Moga kesihatan yang diberikan digunakan sebaik-baiknya dan semaksimanya kerana kita tidak pasti sampai bila nikmat ini dapat kita kecapi...
Alhamdulillah di pagi ini juga, dapat kiranya K.An kongsikan resepi membuat Ikan Sardin di rumah macam sardin yang kita beli dalam tin tu... dan kalau nak tahu, sardin yang dibuat sendiri ni, jauh lebih sedap rasanya berbanding yang dibeli... kalau nak tahu, cubalah sendiri ye..
Resepi ni dikongsi oleh Ibu mertua K.An (Hajjah Siti Zainab) lama dulu... tapi baru je K.An mencubanya. Almaklum, dah beli ikannya, dan tomatonya...... belum sempat diproses, dah habis digoreng dan dibuat kuah tomato kegemaran semua...
Kebetulan baru-baru ni, K.An ke pasar borong dan ternampak ikan sardin cantik-cantik, segar bugar dan besar-besar... hmmmm, peluang baik nampaknya... Akhirnya terlaksana juga projek terbengkalai selama ni.
Kepada yang inginkan sardin 100% HALAL, memang patut mencuba resepi ni.
Bahan-bahan: ( Buat separuh jika pertama kali ingin mencuba)
1 kg ikan sardin segar- bersihkan, buang kepala, sirip dan ekor
1/2 kg buah tomato masak dimesin - K.An potong kecil dan mesin dengan sedikit air
3 sudu besar tomato puri
garam dan gula secukup rasa (K.An letak 2 sudu teh garam dan 1 sudu besar gula)
Cara membuatnya:
1. Susunkan ikan yang telah dibersihkan tadi di dalam periuk tekanan. (wajib guna periuk tekanan ye...)
2. Masukkan tomato kisar, tomato puri, minyak, garam dan gula. seperti di dalam gambar.
3. Tambahkan air sehingga semua ikan ditenggelami kuah. Tutup periuk tekanan.
4. Hidupkan api agak besar sehingga periuk tekanan keluar wap. Tukarkan kepada api sederhana dan masak selama 45 minit. Matikan api, buka periuk tekanan dan sedia dihidang begitu sahaja bersama nasi atau roti.
***** ketika proses memasak, bau yang terbit daripada periuk tekanan akan berubah, daripada bau ikan kepada bau sardin dalam tomato sos yang sungguh menyelerakan.....
***sardin yang K.An buat ni, tulangnya masih belum lembut sepenuhnya. Pada pandangan K.An jika inginkan tulangnya lebih lembut, tambahkan lagi air dan masak lebih lama anggaran 60 minit ke 90 minit....(jika air tidak mencukupi, nanti sardin kita kering dan hangit pulak...
9 comments:
mmm...nampak cam sedapp...mesti cuba resepi niiii...:)
nice sharing, nnt boleh try :-)
tahan lama tak sadin neh kak an?
Menarik ni...pas ni tak yah beli sardin dalam tin tu kan...harga pun dah makin mahal...nak try jugakla nanti...:)
Kak nak tumpang resepi ni ya An.Terima kasih.Rasa teruja juga nak buat.Tengok tu senang je.
kak ini ikan selayang...
ikan nie pun boleh buat sardin jugak ye ? selalu mmg ikan sardin (ikan tamban besar) dgn tongkol jer....
fieda: selamat mencuba.. tak tipu, memang sedap..:)
Wanita Bertudung Hijau:.. betul, mesti cuba... dah cuba bagitau K.An hasilnya nanti
eliyaezlinaalias: tak pasti pulak berapa lama tahannya sebab tak guna sebarang pengawet. K.An cuma panaskan macam lauk lain jika tak habis pada hari dibuat. Ataupun simpan dalam peti ais.
cik cek: salam... betul tu, dulu boleh dapat sardine 1 tin kecik RM 1.80 je.. sekarang dah jadi RM 2.50.. Kalau dah ramai rakyat macam An ni memang kena buat sendiri.
Salam Junaidah... silakan.. moga ramai yang boleh mencubanya
Alyani: Ikan Sardin dikenali di sebelah Pantai Barat. Ikan yang sama dipanggil ikan Selayang oleh Orang Pantai Timur...
nak trylah malam ni.. tapi nak guna slow cooker, bajet malas nak keluarkan pressure cooker ler hihi
thanks bg resepi
Post a Comment