Tuesday, December 6, 2011

Marble Cheese Brownies untuk hari istimewa


Alhamdulillah pada tarikh 7 November 2011, genaplah 17 tahun perkahwinan K.An dan Abang Azam yang telah dikurniakan 6 cahayamata penyeri kehidupan. (Walaupun kehadiran Allahyarhamah Munirah cuma seketika tapi sungguh bermakna dan penuh kenangan)... Susah senang, suka duka kami harungi bersama... banyak cabaran tapi cabaran itulah yang mematangkan kami sekeluarga.

Pada tarikh yang sama, 7 November 2007, K.An telah selamat melahirkan cahayamata yang ke-5, Maryam Huda yang comel... dah 4 tahun berlalu... maryam pun dah besar...

Untuk peristiwa istimewa ni, K.An buatkan kek istimewa juga... Marble Cheese Brownies yang sungguh sedap..
Resepinya K.An salin dari dapur Yatie.. Resepi asal  Kak Rinn... Terima kasih semua..

Bahan-bahan:

Brownies

250 gm mentega
1 cawan serbuk koko
3 biji telur B
1 1/2 cawan gula kastor (K.An kurangkan 1 sudu besar)
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 st esen vanilla ( K.An gantikan 1 sudu besar pati jus oren Sunquick atau yang sepertinya)

Cara membuatnya:

1. Cairkan mentega di dalam periuk. Angkat. Masukkan koko dan kacau rata.

2.Whisk gula dan telur. Masukkan ke dalam 1. Kacau rata menggunakan whisk.

3. Masukkan susu cair. Gaul lagi.

4. Akhir sekali masukkan tepung dan gaul sebati.

5. Panaskan oven pada suhu 175 C. Alas loyang 10 X 10 inci dengan kertas minyak. Biarkan kertas berjuntai di kiri kanan loyang agar kek senang dikeluarkan. Jika tiada loyang besar 10 X 10, bahagikan adunan kepada 2 loyang agar lapisan kek tidak terlalu tebal.

6. Tuang adunan brownies dan ratakan. Tinggal sedikit untuk buat corak marble nanti (anggaran 1/4 cawan)
Bakar brownies selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah. K.An letakkan loyang kek di rak paling bawah.

Bahan Lapisan Cheese

250 gm cream cheese (Philadelphia)
1 cawan gula kastor- (K.An gunakan 3/4 cawan sahaja)
1 biji telur B

Cara membuatnya:

1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

Selepas 20 minit, keluarkan brownies. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies dan lorekkan ikut citarasa. Masukkan ke dalam oven dan bakar lagi 15 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

**** K.An warnakan sedikit adunan cheese dan buat corak bunga tulip untuk kek pertama dan corak bunga raya untuk loyang kedua... teruja anak-anak tengok rupanya.. sayang nak makan...
Brownies ni memang sedap sebab ada rasa cheese di atasnya. Kepada yang tak suka manis eloklah dikurangkan sukatan gula untuk adunan cheesenya...

 Selamat mencuba.

11 comments:

Sofya said...

selamat ulangtahun perkahwinan..
hari istimewa.. kek pun istimewa..
semoga bahagia selamanya

mama sara nur said...

assalam kak Ann..
salam singgah juga..
selamat ulangtahun alhamdulillah suke tgk kebahagian family ini
semoga berkekalan dan semanis, sesedap kek Marble Cheese..

nuri & family blogsport

cikmanggis said...

tahniah An..dah 17 tahun ...lama tu:)semoga berbahagia selalu..

Choco Ani said...

Assalamualaikum An..tahniah semoga An sekeluarga di dlm keberkatan allah sentiasa..

mamaijat said...

.....selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan...
semuga hidup kalian sentiasa dalam rahmat & mendapat keberkatanNYA..
insyaallah,amin.

ini aku said...

salam kak ann...saya dah try resepi kak an...
tapi kenapa cheese atas lembik lepas masak? ke memang camtu
n macammana nak tau dh masak ke idok

A J U said...

selamat ulang tahun k. an... tapi nk tnye susu cair tu nk guna berape bnyk?????

Raihan Shaari said...

sorry aju... tertinggal... susu cair tu 1/2 cawan... k.An dah betulkan kat resepi tu...tq

cikmanggis said...

salam an..cuba An lihat kat http://www.dietmindspirit.org/2008/01/30/why-you-shouldnt-eat-this-fish-pangas-pangasius-vietnamese-river-cobbler-white-catfish-gray-sole/

Emel yg kak nah maksudkan tu dan kena delete.

ShashaCahaya said...

Nice kek.
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 17.

RoseLangkawi said...

salam, tengok kek sambil promote GA special. jom sertai GA dan menangi hadiah penginapan 2h1m di langkawi, jom sertai http://rosebussinessmind.blogspot.com/2012/01/giveaway-penginapan-homestay-villa-di.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin