Thursday, July 14, 2011

Mee Rebus Tulang Rusuk

Minggu lepas, untuk kesekian kalinya Kak Azah order mee rebus untuk pot-luck di pejabatnya. Macam yang lepas, tak sempat K.An nak ambil gambar ketika bahan-bahannya lengkap sebab bakinya habis dimakan isi rumah ni... ada saki baki sikit tu, letak je kat dalam pinggan... tulangnya, dagingnya, udangnya... semua dah tak ada... bayangkan jelah ye.. ada semua benda tu di atas mee rebus tulang rusuk ni...

Resepi K.An setelah mencuba pelbagai resepi mee rebus... yang ini dah berkali dibuat, selalunya istimewa untuk tempahan atau menjamu tetamu di hari istimewa..

Bahan-bahan (hidangan untuk 20 orang)

5 peket mee kuning (celur sebentar dengan air mendidih, toskan dalam penapis dan lalukan air sejuk)

Bahan Kuah:

1/2 kg tulang rusuk- dipotong kecil
200 gm daging tetel- potong kecil
1 bungkus sup bunjut
3 liter air

*** rebus tulang rusuk dan daging dan biar mereneh (Api perlahan) sehingga daging empuk. Masukkan sup bunjut dan biarkan 2-3 jam.

Bahn lain:

 1 kg ubi keledek merah- kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk. Toskan.
200 gm udang putih- buang kepala dan ekor, ketepikan
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar/ cili boh
1 cawan sos cili- ikut citarasa pedas
2 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa
200 gm kacang tanah, sangrai, buang kulit dan kisar halus
1/2 cawan minyak untuk menumis
3-5 liter air
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 cawan air
20 ekor udang harimau...atau lebih

Cara membuatnya

1. Kupas dan hiris nipis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Masukkan pula udang putih bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga.
4. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga bawang keperangan dan berbau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Kacau sekali-sekala dan gunakan api sederhana.
5. Masukkan air rebusan tulang beserta tulang dan daging ke dalam periuk. Masukkan juga, keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, udang kisar dan kacang tanah. Tambahkan air secukupnya. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Tambahkan bancuhan tepung jagung
6. Kacau sekali-sekali. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya. Apabila kuah mendidh dan nampak pekat, barulah dimasukkan udang harimau. Apabila udang masak, matikan api dan sedia dihidang bersama mee kuning dan bahan taburan.

Bahan taburan

taugeh- dicelur sebentar
4 biji ubi kentang, direbus dengan kulit sehingga empuk- kupas dan hiris nipis
5 biji telur rebus
2 biji tomato-hiris nipis
bawang goreng
cili merah
 daun sup dan bawang
3 keping tauhu- digoreng dan potong kecil
limau kasturi dibelah 2

Masukkan mee ke dalam mangkuk. Taburkan dengan bahan sampingan. Letakkan kuah dan perahkan limau kasturi... Sedia dinikmati.. Rasa sekali, nak lagi..

7 comments:

  1. da lama tign nak try masak mi rebus tapi takde konpiden..huhuhu

    ReplyDelete
  2. di saat perut yang berkeroncong, hati tersanggut dengan mee rebus ni. alahai

    ReplyDelete
  3. salam,
    tengok bahan je dah tahu rasa sedap. tambah2 ada rebusan tulang rusuk tu.

    ReplyDelete
  4. selamat pagi Raihan,
    sedapnya mee rebus tulang rusuk! kalau makan mesti mau tambah....

    ReplyDelete
  5. Salam An....

    mesti sedap ni kan...:) kak cek tak penah buat pun...kechur lak...

    ReplyDelete
  6. salam kak raihan.bila tengok entri mee rebuih (cakap orang kedah )teringat masa kat kedah dulu. kalau bapak bawa jenjalan kat pekan, mesti singgah makan mee rebus daging pak abu. nanti boleh cuba masak.Tulang rusuk tu orang panggil tulang rawan juga kan?

    ReplyDelete
  7. macam teringin sangat nak merasa juadah dari air tangan Kak An..mesti sedap kann?

    Kak An x amek order dari orang luar ker? T_T

    teringin gak order mee rebus Kak An buat jamu kawan2 opis kat cyberjaya nie...huhuh

    nak buat sendiri x pandai la..huhuh

    ReplyDelete