Assalamualaikum wrt.. Selamat Hari Buruh dan selamat Bercuti kepada semua... hmmmm... malasnya nak ke pejabat esok kan..? K.An faham sangat, bila dah bercuti panjang, memang berat hati nak bekerja semula.. Tapi, demi tanggungjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara... teruskanlah perjuangan dengan semangat waja.. Lagipun, dari mana kita nak dapat duit belanja tanggung keluarga kalau tak bekerja? Kecualilah kalau ada harta berkoyan-koyan, rumah sewa 10 pintu, saham berjuta-juta...hmmm, bolehlah goyang kaki..
tak apalah, asalkan kita tak kelaparan, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan.
Hari ni K.An sambung tugasan di periuktanah yang dah sebulan K.An tinggalkan. Tugas memasak tak tinggal tau....!! hari-hari masak, cuma tak masuk blog je. Ok.... kita mulakan dengan resepi orang Banjar warisan mak K.An yang tercinta. Sesuai untuk mereka yang suka kuih Seri Muka, tapi tak tahan dengan pulut...( asal makan pulut je, angin naik satu badan), boleh le cuba kuih ni... Orang banjar yang kreatif, sediakan resepi alternatif... tak kurang sedapnya..
Bahan-bahan- (adunan sesuai untuk loyang berdiameter 7 1/2 inci atau 20 sm lebih kurang)
Bahan lapisan bawah:
1/2 cawan beras- rendam dalam 1 cawan air selama 2 jam- toskan
1/2 cawan kelapa putih- dapat yang muda macam nak buat inti tu lagi sedap
1/2 cawan santan cair
sedikit garam
Lapisan atas:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air gula melaka atau gula merah ( K.an masak 1 keping gula melaka dengan 1 cawan air hingga gula cair)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar gula pasir (ikut citarasa manisnya)
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus. Tumbuk kasar beras yang telah direndam dan ditoskan tadi.. Gaulkan dengan kelapa dan ratakan di dalam loyang. Tuangkan santan yang telah dicampur garam. Kukus selama 15 minit. Keluarkan dari kukusan dan jika nasi telah masak (terus mengukus jika nasi belum masak), gaul semula hingga rata. tambah garam jika belum cukup masinnya. Tekan padat nasi menggunakan belakang senduk seperti buat seri muka.
2. Campurkan semua bahan lapisan atas di dalam mangkuk menggunakan whisk. Tapiskan ke atas lapisan nasi dan kukus selama 15-20 minit. Kuih masak sempurna jika kita golekkan loyang ke kiri dan kanan, bahagian tengan kuih mantap.
3. Sejukkan kuih sebelum dipotong dan dihidangkan.
salam, k.ann, sy pun org banjar juga.. lama dah tak mkn kuih2 mcm ni..
ReplyDeleteSalam Raihan...salam takziah dr atie tuk pemergian Arwah Munirah.maaf K.atie lewat mengetahuinya...semoag raihan & family akan tabah selalu.bila K.atie baca kisahnya trtitis juga airmata ini..bila tgk gambar2 Arwah dlm blog raihan nie...sedih rasanya.kuatkn semangat Raihan & Arwah Munirah ttp jadi kenangan buat kita semua...Al-Fatihah
ReplyDeleteAssalammualaikum, boleh juga ganti pulut dgn beras ye? baru akak tau...nanti nak cubalah.
ReplyDeleteTakziah dr akak tentang allahyarhamah Munira, akak baru baca....walaupun begitu An masih ada zuriat berbanding akak ni, laaagi sedih, Allah saje yang tahu.