Friday, April 29, 2011

Perjalanan pasti diteruskan...

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini genap 29 hari baby Munirah meninggalkan kita semua (ketika entry ini di post).... namun masih terasa baru semalam berlalu. Hanya orang yang pernah melalui apa yang kami lalui memahami situasi kini... alhamdulillah semenjak 1 April, Allah kurniakan kekuatan dan keimanan dalam menghadapi ujian ini. Tiada kata-kata yang tepat dapat menggambarkan perasaan K.An yang berada di samping arwah hampir 24 jam sehari selama 8 bulan selepas melahirkan. Setiap gerak-geri, senyuman, suara, keletah, semuanya jelas di pandangan mata. Tambahan pula dia ni adalah yang paling rapat berbanding kakak-kakak yang lain. Manjanya pun lebih sebab Munirah paling mudah dijaga, paling comel, tak banyak kerenah, tidur malam lena dan tak pernah demam (kecuali demam kejap lepas suntikan imunisasi).
 Di usia 8 bulan Munirah dah pandai panggil 'Mek' (pelat untuk mak) sebut mammamaaam... dan paling suka tengok Upin-Ipin.. bila dia nangis cari ummi, 'Aisyah dan Maryam akan nyanyi lagu Tepuk amai-amai.... dia pun senyum balik.. Munirah cukup suka tengok K.An masak sebab K.An akan dukung dia sambil kacau masakan. Dia tengok macam fahaaam je...



makan bersama di hari jadi kakak 'Aisyah
Munirah memang suka tidur bila dah kenyang makan atau minum susu... tu sebab, badannya semangat dan montel. Semua orang yang tengok dia, semua geram nak gomol2 sekali... Namun, kerana sayangnya kita kepadanyalah, maka Allah ambil Munirah lebih awal. di ketika Munirah suci daripada dosa dan sentiasa berada di ingatan semua. Ingatan yang indah sahaja. Datangnya mudah dan perginya juga mudah... Batuk-selsema dan jangkitan kuman pada paru-paru arwah hanyalah untuk dijadikan sebab pemergiannya.. Yang pasti, setakat itulah sahaja masa yang Allah beri untuk kami bersamanya. Alhamdulillah setiap detik telah dimanfaatkan....

Sehingga hari ini, 'Aisyah dan Maryam setiap hari bertanyakan Munirah. Rindunya tak terkata. Walaupun  tahu baby dah meninggal tapi Yam selalu tanya, "siapa nak jaga Munirah, siapa nak bagi makan, siapa nak mandikan...." K.An akan kata, Allah jaga baby laaagi elok.. Yam jangan risau ye..Bila tengok Upin-Ipin, Yam akan tanya pulak kat mana Munirah nak tengok Upin-Ipin?... kesiaaan Munirah, katanya...
 'Aisyah pulak selalu tanya, "bila kita nak pergi syurga jumpa Munirah..? Hari ni ke..? Kenapa lambat sangat nak jumpa baby? Itulah cabaran paling besar.. yang dewasa, mudah diterangkan, tapi yang kecik ni, memang kena layan tiap-tiap hari soalan yang sama.. tak tahulah sampai bila baru mereka ni boleh terima..

Bagi K.An, memang ketentuan Allah ke atas segalanya penuh dengan hikmah. Sungguh ramai kawan-kawan, kenalan, rakan blogger, sahabat-handai yang mengucapkan takziah, datang ziarah dan menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk termasuk sokongan moral. Banyak kelegaan di hati apabila mendengar kisah dugaan yang sama beratnya malah ada yang lebih berat yang sebahagian mereka lalui. Memang benar, "tidak Allah bebankan ke atas kita dugaan yang tak mampu kita tanggung". Sama-samalah kita bersabar dan semoga dengan kesabaran itu meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah.

perjalanan terakhir Munirah ke syurga abadi di hari Jumaat diiringi hujan gerimis

InsyaAllah, bermula bulan Mei ini, K.An akan teruskan berkongsi pelbagai resepi yang K.An dah buat, untuk dimanfaatkan bersama. Moga ianya  juga menjadi bekalan di akhirat nanti kerana apabila terputusnya nyawa daripada jasad kita, yang mengiringi kita ke akhirat hanyalah, pahala sedekah jariah, anak yang soleh yang mendoakan ibubapanya dan ilmu yang dimanfaatkan... Persiapkanlah diri kita secukupnya untuk ke syurga abadi dan sentiasalah memohon Rahmat daripada Allah SWT kerana dengan Rahmatnyalah kita akan berbahagia di akhirat yang kekal abadi.

24 comments:

  1. Asalamualaikum An, betul tu... life must go on... yg pergi dah tentu, kita sayang dia tp Allah lebih menyayangnginya... muga baby munirah tenang dan aman disana...
    n welcomeback to blog masak2, banyak yg kita boleh sharekan kat sini....

    ReplyDelete
  2. Salam kakAn. Saya pasti arwah setia menunggu ibunya di pintu syurga... *speechless and tears*

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum K.An,

    Salam taaruf buat K.An...Takziah sy ucapkan kpd K.An sekeluarga..

    Sesungguhnya, sy amat memahami perasaan K.An krn sy juga pernah merasainya, K.An..Saat-saat yg sgt sukar buat seorg ibu...
    Diriku pernah merasa K.An, kaki x pijak bumi bila Dr sahkn baby dh xde..Hari2 seterusnya, saya dan suami melangkah dgn hati yg sgt kosong...Semangat yg telah hilang..Sunyi yg x bertepi krn dialah anak sulung kami...Namun, secebis keimanan yg masih ada yg menyelamatkn kami...

    Setahun telah berlalu K.An...Namun masih menangis, sedih dan rindu sprt br semalam dia pergi..Alhamdulillah, semakin lama Allah kurniakan ketabahan dan kesabaran bt diri ini...

    Alhamdulillah K.An, Allah uji sbb kasihNya yg x bertepi buat kt...Terpilih menjadi ibu kpd ahli syurga juga adlh kurniaan yg terhebat bt diri ini...Walaupun sgt pahit ujiannya, namun nikmat yg nya infiniti...InsyaAllah, pasti kan bersatu sbg sebuah kelurga di jannah nnti...

    Salam sayang buat kak An dan anak2..Moga rahmat dan kasih sayang Allah snts bersama kalian...

    p/s:sy nangis bc ttg munirah...K.An, rupa2 nya, anak2 ahli syurga juga mmg sgt berbeza akhlak dan dirinya...sy merasakn begitu jua...Al-fatihah utk baby munirah sayang...

    ReplyDelete
  4. salam takziah kak... tabah sungguh akak menghadapi dugaan Allah ini...Pastinya Munirah tersenyum di sana melihat ahli keluarga sudah kembali tenang dan sentiasa mengingati kehadirannya dulu.

    ReplyDelete
  5. salam takziah kak an..

    dah le.. semakin saya baca..semakin mengalir air mata ni..

    walaupun saya tak kenal kak an secara peribadi..saya selalu masuk blog ni..

    kegembiraan kak an dan kesedihan kak an saya turut rasai..

    alfatihah buat arwah yg sangat comel ini..

    semoga kak an sekeluarga lebih tabah..!

    salam takziah sekali lagi dari putu..

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum....k.an

    moga akak sekeluarga tabah dan redha atas pemergiaan munirah....Allah lebih sayangkannya.AMIN

    ReplyDelete
  7. Kagum dengan Kak An yg tabah. Hrp kita pon boleh setabah akak bila Allah duga dgn dugaan yg berat. Insyallah =)

    ReplyDelete
  8. alfatihah
    kaguum dengan kekuatan kak an...
    dan terselit bangga terhadap ketabahan kak an sekeluarga
    munirah bahagialah di sana sayang...
    amin~~~

    ReplyDelete
  9. salam k.an... takziah utk k.an sekeluarga... saya adalah salah sorang blogger yg sering menjengok blog k.an untuk mengintai resipi2 masakan ... baru arinih tau berkenaan pemergian si comei tu...
    Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  10. Salam kak an..slmt berkenalan.
    sedih baca entri kak an. sy doakan kak an sekeluarga terus tabah menjalani kehidupan seharian tanpa baby munirah. Kasih sayang Allah melebihi segalanya..

    ReplyDelete
  11. Insha Allah, moga kita sama-sama mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat

    terima kasih sudi berkongsi suka duka dgn kami:) moga kak an sekeluarga beroleh rahmat -NYA selalu

    ReplyDelete
  12. Tak sangka kena kuman selsema pun merbahaya untuk baby.

    Take care...

    ReplyDelete
  13. byk bersabar ya kak.. Allah lebih sygkan Munirah.. semoga kak sefamili trus tabah mgharungi pejalanan hidup ni...

    ReplyDelete
  14. salam kak...

    moga kekuatan akan menjadi inpirasi kepada saya dala membesarkan anak...al-fatihah buat bidadari syurga yang sentiasa dirindui

    ReplyDelete
  15. Kak An, gembira tengok entry akan kembali semula. Sama2 kita berdoa hari2 mendatang Allah jadikan kita insan yang lebih tabah dan bersyukur. Saya look forward resepi2 akak.

    Nadia
    Germany

    ReplyDelete
  16. salam Kak An...semoga tabah meneruskan hidup..yg pergi tetap pergi.. moga arwah baby munirah tenang & aman disana..
    Saya hampir menitiskan airmata apabila membaca entry yg kak An tuliskan..harap kak an akan mengentri blog2 masakan utk rujukan kami semuanya...wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam kak An,

    Saya sangat terkesan dengan ketabahan kak An menghadapi ketentuan dari Allah. Semoga Allah akan merahmati kak An sekeluarga...

    ReplyDelete
  18. takziah kak, semoga akak sekeluarga tabah

    ReplyDelete
  19. takziah kak..sy br buka blog n br tau pasal munirah..walaun kt x kenal tp sy sk tgk blog akak sb bnyk resepi yg best.saya follow blog akak selps akak melahrkan munirah, so sy rasa munirah membesar bersama-sama saya..sabar ye kak mungkin ada hikmah disebalik apa yg Allah tentukan..

    ReplyDelete
  20. As salam k.an....saya baru jumpa blog akak ni...tetiba terkeluar bab baby munirah....saya kagum dgn ketabahan akak. Arwah menanti akak di pintu syurga nanti....arwah tersgt2 la comel, tapi Penciptanya lebih sayangkan dia...Al fatihah...

    ReplyDelete
  21. As salam, first time baca blog kak An, sedih baca bab baby munirah yg tersangat2 comel....tapi Maha Pencipta lebih sayangkan arwah....moga aka tabah..

    ReplyDelete
  22. ~ sama sebagaimana saya & keluarga alami...

    http://www.adammuqrisweallloveyou.blogspot.com/

    takziah

    ReplyDelete
  23. Terima kasih semua kerana sudi berkongsi suka-duka kehidupan bersama K.An. Sokongan semua memberi kekuatan kepada kami bagi meneruskan kehidupan. Moga Allah yang membalas jasa anda semua..

    ReplyDelete