Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
Mafhum Surah Al-Hadiid Ayat 1-3
Ya Allah, kurniakanlah kami ketabahan dan ketetapan iman dalam menghadapi dugaan maha besar ini. Terasa kerdil diri ini berbanding Kekuasaanmu Ya Allah...
Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah meminjamkan seorang puteri bernama Munirah Huda binti Nor Azam yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat- 27 Rabi'ulAkhir 1432 Hijrah bersamaan 1 April 2011 Masihi. Syukur alhamdulillah kerana memberi peluang kami mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mendodoikan, mendakapnya, menyayanginya dan membesarkannya dengan sekadar kemampuan kami. Syukur jua atas keizinanMu dapat kami menyucikannya dan memakaikannya pakaian hingga ke saat akhirnya di dunia ini. Tempoh 8 bulan Munirah bersama kami telah meninggalkan kenangan teramat indah, yang tidak dapat ditukar ganti dan bakal terpahat sepanjang kehidupan kami. Bukan sahaja kehadirannya memberi sinar kepada ibu, ayah, abang dan kakak-kakaknya, malahan Munirah sentiasa menjadi buah hati sesiapa sahaja yang melihat dan memangkunya.
Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim..
Kami redha dengan KetentuanMU Ya Allah... Walau sejuta ayat kami ukirkan menggambarkan kecintaan kami kepada almarhumah Munirah Huda, tidak terbanding tingginya CintaMu terhadapnya. "Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala Urusan" Mafhum Surah Al-Haddid ayat 5
Ya Allah, Wahai Tuhan kami, ke atasMu kami berserah dan kepadaMu kami bertaubat dan kepadaMu tempat kami kembali.
Izinkanlah kami terus menyayangi almarhumah Munirah Huda, menatap gambarnya, merinduinya dan menitiskan airmata kerana mengenangkannya kerana sesungguhnya kami ini hambamu yang lemah lagi tidak berdaya...
Ya Allah, jadikanlah dia sebagai orang yang mendahului (ibu bapanya ke syurga), khazanah, pengajaran dan pemberi syafaat kepada kami. Beratkanlah dengannya timbangan amalan kebaikan kami. Limpahkanlah ke sabaran ke dalam hati kami. Janganlah Engkau jadikan fitnah kepada kami selepas kematiannya dan janganlah Engkau menahan pahalanya daripada dinikmati oleh kami Ya Allah.
Dunia ini dan segala apa yang berada di dalamnya adalah pinjaman. Kehidupan kita seumpama sebuah kapal yang singgah di pelabuhan sementara tiba ke destinasi yang kekal abadi.
" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dkemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A'raaf:34)
Walau mampu mengukir senyuman di bibir, hanya Allah yang Maha Mengetahui kehibaan dan kesedihan yang kami rasai... Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir membantu menyelesaikan urusan jenazah, para doktor dan kakitangan Klinik Lita Alis, Klinik Kesihatan Putrajaya, hospital Putrajaya yang merawat almarhumah, saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga...yang tak dapat kami sebutkan satu persatu, semua yang terus datang memberi sokongan, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua. Ampun dan maaf jika ada kami tidak sempat menyapa kalian ketika itu...
Izinkan kami berehat seketika dan menerima hakikat pemergian insan tersayang...
Al-Fatihah.
79 comments:
salam...
salam takziah buat k.an dan keluarga.
semoga kakak sekeluarga tabah hadapi dugaan Allah... insya Allah satu masa, Munirah akan tggu akk di syurga...
aslmkm kak dan fmly
salam takziah dari sy.semoga akak dan keluarga tabah menghadapi ujian Allah SWT. semoga roh almarhumah di cucuri rahmat dan diletakkan di tempat org2 yang soleh.sabar yer kak.
amin.
Takziah kak. Tabahkanlah hati. Saya pun berasa sedih.
Alfatihah buat arwah Munirah Huda ,semoga An tabah dan salam takziah
amin..amin..amin ya rabbi alamin.DariNya kita datang..kepadaNya kita kembali.Alfatihah
alfatihah..
semoga kak an dan keluarga bersabar dengan ujian yang hebat ini. semoga doa doa akak sekeluarga diperkenankan Allah.
Assalamualaikum Raihan...Tabahkan lah hati dan semoga hakikat pemergian almarhumah Munirah menambahkan lagi kasih sayang kalian untuknya di sana dan menambahkan lagi kecintaan kepada Allah yg Maha Esa...dia jugalah yang mengetahui akan apa2 yang tersirat dan tersurat...Salam kasih sayang dr akak..moga Raihan dan family tabah dan tenang selalu...
Al-Fatihah kak...dri sy sekeluarga....semoga akak dan keluarga tabah menjalani kehidupan....berat mata memandang...berat lagi bahu yg memikul kan...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan insan2 yg solehah.....insyallaah.....
Kak An, saya salah seorang silent reader yg duduk jauh di perantauan. Salam takziah dari saya sekeluarga. Semoga akak tabah dan redha. Tak dapat saya bayangkan jika saya yang menaggung. Tapi betul apa yg akak tuliskan...Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui...
Salam dari Germany,
Nadia
tabahkan hati kak. Alfatihah buat arwah Munirah. Saya turut sedih.
Al-Fatihah...moga akak sekeluarga tabah mengahdapi ketentuan Ilahi..
salam takziah kak ann sekeluarga
Takziah Kak An Sekeluarga, semoga tabah dgn permergian Almarhumah Munirah Huda tercinta..sedih sgt membaca berita ini..Alfatihah untuk si kecil comel yg di cintai..
Alfatihah..semoga roh nye dicucuri rahmat
k.an sekelurga- takziah atas pemergian anak tersayang..Allah lebih sayang dia
*silent reader*
takziah sy ucapkan.
smga puan & keluarga tabah menempuh ujian ini..
AL-FATIHAH buat MUNIRAH HUDA..
SYURGA TEMPATMU WAHAI ANAK.......
assalamualaikum kak an.
terjengah ke sini.
salam takziah untuk kak an sekeluarga.
semoga Munirah Huda menunggu di pintu syurga.
Allah lebih menyayangi beliau :)
salam takziah buat akak sekeluarga semoga dikurniakan ketabahan dgn dugaan yg maha berat ini. insyaAllah arwah damai di sana. sesungguhnya beliau telah selamat dari tipu daya di atas muka dunia ini. al-fatihah!
An, takziah dari kak rose sekeluarga... sangat terperanjat menerima perkabaran itu dipagi hari jumaat .. entry kak rose http://seripayaku.blogspot.com/2011/04/sarapan-org-kampung-al-fatihah-baby.html
Al-Fatehah, Salam takziah dari kami sekeluarga...
Innalillah.......Moga tenang di sana.
Al-Fatihah.... takziah ya, kak...
Alfatihah Kak An sekeluarga. Moga tabah dengan dugaan. Baby Munirah Huda dijanjikan syurga, dia menanti ibunya disana.
Takziah. Sy sgt terkejut. Sgt tak sangka begini kesudahannya =S
Hrp akak sekeluarga tabah.
innalillah
takziah buat kak an dan keluarga
salam penuh takziah kepada raihan dan keluarga bergenang air mata kak ilah membaca.. semoga roh munirah aman bersama iringan doa keluarga terutama ibu yg melahirkannya. kak ilah baru terbaca kisah ini pagi ini.tiada ucapan lagi sebb sebak..
alfatihah..
smoga k.An n family..tabah mghadapi uian Allah...
Tidak dapat sy menahan air mata membaca kepedihan org lain atas sebab kehilangan abadi, kerana sy juga pernah melaluinya..Sehingga kadang2 saya meminta kepada Tuhan, jangan Engkau uji aku begini lagi, yang mana sy kadang2 lupa, bahawa mati itu pasti..
Salam takziah.
AlFatihah buat anakanda Munirah Huda.Damailah engkau di sana.Terima Kasih Tuhan untuk kekuatan yang Engkau beri buat keluarga ini..
berat mata memandang lagi berat mata memikul..tabahlah hendaknya raihan sekeluarga..
Huhuhu...sedihnya..tak dapat membayangkannya...Kalau orang tersayang pergi...
Salam takziah dari saya...semoga terus tabah menghadapi ujianNya...
Salam k.an
takziah k.an sekeluarga..
Innalillahhiwainnailahirajiun....alfatihah utk arwah...sebak baca ni..:-(
Salam takziah buat kak sekeluarga... semoga tabah menghadapi dugaan Nya... semoga Arwah Munirah Huda dicucuri rahmat dan berada di sisi insan2 yang beriman... Al-Fatihah...
kalo sy sdih akk mst lg sdih kn...xpela..ni sume dugaan tuhan...akk kne igt...tuhan hnya kn uji sseorg hmpa tu stkat y die mmpu...Tuhan taw akk seorg y tabah...n bley harungi dugaan y cmni...dun be sad...=)
moga doa akak kepadaNYA dimakbulkan...Amin
al-fatihah tuk arwah,
takziah tuk kak an sekeluarga moga kalian tabah
salam takziah buat kak an sekeluarga sekeluarga..semoga ka.an sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.dan semoga arwah ditempatkan dikalngan org2 yg beriman..amin..
salam takziah buat k.an... be strong, k!
alfatihah..
Salam takziah buat Kak An sekeluarga
Salam...
Takziah untuk k.an dan keluarga.Semoga tabah menghadapi ujian dari Allah..Mungkin ada hikmahnya.Tunggu arwah di pintu syurga.....Alfatihah..
Salam takziah buat kak raihan sekeluarga. Al fatihah buat adik Munirah Huda..
salam ann...sedih sgt2 dgr berita nie. baru terbaca kat blog k.rose seripayaku. takziah buat ann sekeluarga. semoga tabah egn ujian yg maha berat ini. anak saya pon dah 2 kali masuk hosp putrajya due to bronchiolitis n da last dia kena pneumonia. dia dh besar msa kena pneumonia tue (3yrs+) so dia cpt recover. tp tuhan aje la yg tahu bila tgk wayar berselirat2 tue kan.. smoga ann tabah..berat mata memandang...berat lg bahu memikul...
Ya Allah kak ann..!
salam takziah dari putu ye..
baru tau ni..
semog akak sekeluarga lebih tabah..
dan semoga arwah ditempatkan di syurga..
al-fatihah
Salam.
Rasa terkejut mendengar berita ini..ketentuan Allah tidaklah dpt kita mengelaknya..Takziah buat kak an sekeluarga..saya turut rasa kesedihannya.. Moga tabah n kuat menghadapi dugaan Allah ini.
-zanariah zawari-
ex-asasian
Salam takziah untuk K.An sekeluarga...tersentuh naluri seorang ibu..namun sesungguhnya setiap dugaan yang hadir tidak lain untuk meningkatkan iman dan taqwa kita sebagai hamba. Al-Fatihah untuk Munirah Huda..
Salam takziah..tersentuh naluri seorang ibu..namun sesungguhnya setiap dugaan yang hadir adalah untuk meningkatkan iman dan ketaqwaan kita..al-Fatihah untuk almarhumah Munirah Huda..
innalillahi wa innalillahirojiunn... ya Allah kak... bergenang airmata kita baby munirah telah pergi meninggalkan kiter semua... macam baru jer aritu kiter usik2 munirah.. maaf kak kiter terlewat tahu mengenai nih... mudah2an akak skluarga tabah dengan ujian yang maha hebat ini... alfatihah buat arharhumah munirah sayang... mudah2an dirimu tenang di sana nak...
salam takziah dari kami sekluarga.
salam takziah dari saya...moga tabah hendaknya ...hakikat yg amat pahit utk diterima...dari Dia kita datang kepada Dialah kita pergi!!!
salam takziah buat akak sekeluarga atas pemergian Munirah Huda..moga akak tabah hadapi semua dugaan ni..Alfatihah...
salam takziah kak...semoga tabah menghadapi dugaan ini...Munirah sentiasa menunggu ibu ayah di pintu syurga
-najwa-
presint 9
Saya kerap ke blog ini untuk melihat2 resepi.. Salam takziah, walaupun kita tak kenal.. Semoga anak itu menjadi titian penyambung ke syurga nanti, insyaAllah.. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang dan pengasih.....
salam takziah kak...
moga kak sekeluarga tabah hadapi dugaan ilahi....
takziah atas pemergian anakanda tersayang. semoga rohnya dicucuri rahmat..
salam
takziah buat kak ann sekeluarga. semoga roh baby munirah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 hamba2 Allah yg solehah.
semoga kak ann sekeluarga kuat menghadapi dugaan ini. hidup kita hanya pinjaman. Al-Fatihah.
salam..
takziah dari saya sekeluarga...sedih hati ini bila baca n3 akak ni...sabar ye k.ann..Al-fatihah utk arwah..
salam kak an...
ni kali pertama dtg baca blog kak an..
takziah sue ucpkan..smg Kak an tabah hadapi ujian Allah..
Salam Perkenalan
Sy bru baca blog akk..ni pun dr N3 kwn blog sy jugak..takziah kak..Baby Munirah tua sebulan je dgn anak sy..tp pemergian yer mmg cukup membuat ati sy sedih sgt2..coz wajah dia mirip anak sy..harap akk tabah dengan dugaan yg diberikan..moga kelak hikmah dan rahmat akak terima dr Illah..
Al-Fatihah buat Bidadari Munirah di Syurga Jannatul Firdaus
takziah buat kak raihan sekelurga..semoga tabah menghadapi ujian ini..
Salam KakAn...
Alfatihah utk arwah Munirah. Semoga akak sentiasa tabah dan yakin arwah akan menunggu ibunya dipintu syurga.
takziah kak....selalu tengok comelnya munirah bila saya singgah ke blog akak...tapi kini munirah telah pergi meninggalkan kita...semoga kak an tabah..dgn ujian allah ini...Al Fatihah
takziah akak..seorang bidadari syurga sedang menunggu ibu dan ayahnya di sana..saya begitu memahami perasaan akak sekeluarga..arwah Munirah Huda sedang bergembira bersama temannya arwah Harris Nazhan..tabahkan hati,kuatkan iman...insyaAllah kita mampu mengharunginya..
Takziah An...moga tetap tabah meneruskan hidup ini. Tahniah..sudah ada tiket khas diSANA.
Baby Munirah Huda... bidadari penyeri Syurga.
Semoga K.An dan keluarga tabah dengan pemergiannya...
salam takziah buat akak sekeluarga... semoga tabah menempuhi dugaan ini...
Takziah. Semoga akak sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
Munirah tak ke mana, dia ada di sana menunggu kedatangan akak di pintu syurga. Jangan sedih sangat ya...
Salam takziah dari saya sekeluarga...tersentuh hati saya sbg seorang ibu apabila mendengar perkhabaran ini...moga tabah menghadapi ujian dr Allah swt ini...
Salam takziah dr kami sekeluarga...tersentuh hati saya sbg seorang ibu dgn perkhabaran ini...moga tabah menghadapi ujian dr Allah swt ini...
Takziah..Semoga Allah mengurniakan kekuatan dalam menempuh segala ujian..Allah mengetahui yang terbaik untuk hambanya..Allah menyayangi setiap hambanya..Hanya pada Allah setiap pengharapan dan hanya padaNya kita memohon kekuatan...Allah menyediakan yang terbaik untuk Munirah dan Allah lebih menyayanginya..Al Fatihah
takziah buat akak sekeluarga...arwah pasti menunggu ibu dah ayah di syurga....kehilangan pasti terasa..tapi ingatan pada si kecil akan tetap subur sampai bila-bila....alfatihah ...
Salamu'alaikum An..
Indahnya paras almarhumah puteri An yg tercinta, sesuai dgn tempat yg bakal didiami... Mdah2an dia sedang berbahagia bersama anak2 syurga yg lain. Smoga namanya disebut dlm setiap doa yg indah dr kluarga tercinta.
K su doakan An skeluarga dirahmati Allah swt. Setiap ujian Allah memberi imbalan pebgukuhan iman n pahala kpd kita sbgai hambaNya yg redha. Bersabarlah. Wassalam.
salam..
takziah buat kak an sekeluarga baru tahu berita ni.. moga akak sekeluarga tabah.. sebak rasanya..
Salam takziah k ann. Moga k ann sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini
SALAM TAKZIAH
AL FATIHAH untuk bidadari syurga munirah huda ..
Asalamualaikum...
Al-Fatihah buat adik Munirah
dan takziah buat ahli keluarga..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya
Al fatihah buat An,semuga akan lebih tabah,bergenang airmata tengok arwah baby munirah..syurga menanti munirah..An...Takziah sekali lagi..
salam... takziah utk k.an sekeluarga...
Salam... baru berkesempatan membacanya. Ucapan takziah dari kami.
salam kak..
dah lama tak menjengah ke blog akak, terkejut baca entry akak yg nie..salam takziah buat akak sekeluarga. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi baby Munirah.
Al-Fatihah.
Post a Comment