Kepada semua, K.An mohon pertolongan, doakan baby kami, Munirah Huda yang telah dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya tengahari semalam kerana pneumonia. Semasa entry ini ditulis, airmata k.An masih berlinangan.. sedih dan pilu sangat melihat keadaan dia.. Sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah moga diberi kesembuhan kepada Munirah. Tolong bacakan Surah Yaasin dan Surah Al-Hadid.. moga diberi keberkatan Allah.
36 comments:
sama-sama lah kita mendoakan untuk adik nabila huda.buat Ann banyakkan bersabar ya.
akakkk...saya turut doakan baby munirah semoga cepat sembuh dan akak sekeluarga tenang dan banyak bersabar....
Saya doakan yang terbaik untuk Munirah
Insyaallah.
Saya doakan Baby Munirah akan selamat..insyaallah
semoga baby munirah cepat sihat...insyaallah..dugaan dari maha Esa..sabar yek kak...
semoga munirah beroleh kesihatan dengan kadar segera...amin~~~
Kak An, dapat tau dari Nida, Munirah tiada.. Innilillah... takziah dari saya...
Moga kak An tabah, dan moga kuat mengiringi bidadari ke sana, dan menanti akak di sana..
sedih la kak An, baru bercdg nak sms kak an tanya kabar munirah, tapi nida bagitau munirah dah tak ada..
Moga baby Munirah sihat hendaknya...
Simpati dgn Munirah, saya doakan kesembuhan dia dgn segera agar terhibur hati dan lega perasaan kedua ibubapa dan keluarga k.An. Sabar ye....dugaan Allah memang tak di sangka.
Al fatihah..semuga kamu sekeluarga tabah menghadapinya
Terbaca dalam blog k.ina kl mengenai baby munirah. Salam takziah untuk akak sekeluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. AS I'm writing this, air mata bergenang2.
K An,
Salam kenal, adik Noni ni.
Al Fatihah untuk Munirah. Sabar ye k An. Saya pun tumpang sedih sangat.
semoga tabah ye..alfatihah:(
salam..
saya penah mengalami situasi cam nih. baby saya disahkan positif pnuemonia H1N1 dan denggi serentak. saya applyy cuti separuh gaji selama 3 bulan tuk jaga baby dan sekarang alhamdulillah..berkat doa semua, baby kembali sihat.
semoga Munirah Huda cepat kembali sihat seperti sediakala. amin...
get well soon Munirah....
kak an, takziah utk keluarga kak an...
Assalamualaikum...dah baca N3 dari blog lain tadi, salam takziah buat seluruh ahli keluarga, moga redha menghadapi segala, doa saya sentiasa bersama kalian..."Ya ALLAH berikanlah kekuatan, ketabahan dah keredhaan kepada saudaraku ini dalam menghadapi dugaan yang telah Kau tetapkan ini Ya ALLAH....Amin....
alfatihah.Takziah buat Ann sekeluarga.Akak baru baca dari blog kak ina kl tentang kembalinya Nabilah Huda ke pangkuan Penciptanya.tentu sekali ini merupakan ujian yang sangat besar buat Ann.harap Ann tabah.
Tak tahu apa yang nak tulis kat sini.Rasa sebak betul sebab cm belum menunaikan janji untuk menziarahi Nabilah sejak lahir hingga lah kehari ini...tiada peluang untuk bertemu dengan anak manis ini lagi.maaf kan Cm ya.Semoga anak yang sesuci kain putih ini damai berada di Tempat yang paling indah dan tinggi...Tabahkan semangat Ann.
Salam kak..
moga Allah cucuri rahmat keatas nya. sabar dan tabah ye kak
Salam Takziah Raihan atas kehilangan baby Munirah yang disayangi...Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya...Harap Raihan bersabar dengan dugaan yang amat hebat ini dan sentiasa diberi kekuatan hati....amiiinnn...
p/s - baca note di blog kak Ina KL tadi...
semoga anak akak tenang di sana. insyallah dia menunggu ibu & ayahnya di syurga kelak.
saya dpt tahu tentang berita ni dr blog ayu arjuna.
semoga tabah ya kak...
semoga tabah menghadapi segalanye...
Salam takziah. Walaupun Along tak pernah singgah sini sebelum nya, terpanggil untuk sama2 mendoakan apabila terbaca kat blog KakRose. Semuga ibu-bapa tabah.
baca kat blog kak ina kl... adik munirah huda dah pergi bertemu penciptanya... Al- Fatihah...
Alfatihah Kak An sekeluarga. Moga tabah dengan dugaan. Baby Munirah Huda dijanjikan syurga, dia menanti ibunya disana.
Salaam takziah dari mama. Mama terbaca perkhabaran sedih tentang kepulangan baby Munirah Huda ke Rahmatullah dari blog My Kuali. Al-Fatihah buat baby. Dia kini menanti kalian di syurga.
salam kak, mas dari blog kak ina kl, baru dapat berita baby munirah dah meninggal yer...
banyakkan bersabar yer kak..Allah lebih sayangkannya...
Hai! salam kenal munirah...saya turut bersmpati...pipnya tembam macam my baby...
semoga kak an tak tabah..INSYA ALLAH baby munirah akan selamat.kita sama2 doakan dia.
salam
bila baca kabar tentang baby munirah di blog tertunailah hasrat d hati serta merta menitis airmata saya..saya baca entry puan dari awal munirah lahir..3 bulan lepas tu baby saya lahir..Ya Allah masukkan lah arwah di shurga Jannah dan semoga puan tabah dan sabar..dugaan ini amat berat..
takziah dr saya..
akak.. sabar ye.. ika usaha ape yg ika boleh ye kak... bykkn ingat tuhan kak.. isyaalah.. munirah ok nnt...
Salam...tabahkan hati..kuatkan semangat..kami doakan munirah cepat sembuh!
sabar ya kak :) insyaAllah. bdoalah padaNya :)
Kak An, salam takziah. Tabah dan cekal yer dlm hadapi ujian Allah...
Assalamualaikum Kan An...
Sy pengikut blog kak An slama ni..smpi opis pg ni terus bukak blog Kak An nk tau berita psl munirah...sgt sedih bila berita yg diharap2kan tidak menjadi kenyataan..Ya Allah, beratnya dugaan...betapa lemahnya kita sebagai hambaNya..smoga Allah mengurniakan ketabahan, dan segala kebaikan buat Kak An sekeluarga...InsyaAllah.
Wassalam..
Post a Comment