'Aisyah dengan Paksu dan sepupu-sepupunya Izzati dan Husna
Dua hari lepas (Rabu) hampir separuh hari kami berkampung di KLIA kerana menghantar mak dan ayah mertua, juga keluarga kakak ipar yang pergi menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Seawal pagi K.An sediakan bekalan makanan secukupnya untuk semua agar tidak 'kelaparan' nanti. Almaklum, kalau setakat seorang, dua, bolehlah membeli di sana nanti. Tapi bila dah ramai, banyak pulak belanjanya. K.An masak nasi lemak berlaukkan rendang ayam, serunding kerang dan telur dadar. Sempat juga buat sandwich sardin dan nasi goreng cina.
InsyaAllah cukup untuk semua yang menghantar.
Seperti yang dijangkakan, kapalterbang lewat 2 jam dari jadual. Alhamdulillah, kami tak risau sebab cukup bekalan makanan. Tapi yang bagusnya, Saudi Airlines juga bekalkan kupon makanan (Burger King) sebagai pengganti kelewatan jadual tersebut... Lega rasanya...
Lebih kurang pukul 4 petang, rombongan bersedia untuk masuk ke ruang menunggu. Doa kami moga semuanya diberi kesihatan agar dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna. InsyaAllah selamat pergi dan selamat kembali.

Seronoknya dapat pergi dengan Andalusia, memang tak akan mengecewakan jemaah...moga selamat pergi, beroleh kesihatan..insya'allah.
ReplyDelete