Friday, April 23, 2010

Pau Sambal lagi...

Semenjak akhir-akhir ni selalu 'benor' le K.An buat pau sambal ni sebab banyak permintaannya. Minggu depan pun ada lagi permintaan yang sama. K.An tanya 'diorang' ni taknak ke tempah kuih lain?... taknak juga, nak pau sambal juga. Oklah, ikut suka hatilah kan... K.An tolong buat ikut permintaan. Resepi dah letak pun lama dulu... tapi tak ada masa nak buat bagi yang bekerja tu.. Tempah kat K.An lagi senang..hehehhh...

Kepada yang nak buat sendiri, K.An masukkan sekali lagi resepi yang K.An dok buat selalu.. Kalau ikut resepi ni, pau akan kekal lembut walaupun selepas berjam-jam lamanya. Kalau nak elok, jangan letak sambal dulu, simpan dalam bekas bertutup (setelah disejukkan) dan bila nak makan barulah disapu sambal ikan bilis..
Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 30 biji pau)
A)
1 peket yis kering (11 gm)
1/2 sudu teh gula
1 cawan air suam

B)
5 cawan tepung gandum = 500 gm
2 biji telur gred B/ C
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1/2 biji kentang saiz besar / 1 biji kentang kecil- dikupas kulit, hiris nipis dan rebus empuk- kemudian lecek halus

sedikit tepung untuk ditabur pada pencanai dan dulang

Cara membuatnya:

1. Campurkan bahan A. Kacau dengan hujung jari agar yis larut. Biarkan 10 minit atau campuran berbuih.
2. Sementara itu masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya dan tuangkan campuran A.
3. Uli campuran hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.

**** jika ada mesin penguli boleh juga gunakan penguli. Ataupun masukkan ke dalam bread maker dan pilih setting doh.

4. Setelah siap doh, bulatkan dan tutup dengan tuala dapur dan rehatkan selama 15 minit di tempat suam. (suhu bilik)
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, Uli semula lebih kurang 5 minit. Sediakan papan pencanai dan penerap. K.An gunakan gelas plastik je....
6. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canai doh menjadi 1/2 sm tebal. Terap bulat dan susun dalam dulang yang ditabur tepung seperti di dalam gambar. Buat hingga habis doh.
7. Sementara doh siap diterap, pau yang mula-mula diterap akan mengembang. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah minyak panas, perlahankan api dan masukkan pau dan sentiasa terbalikkan pau agar tidak hangus dan pau masak rata. Angkat pau setelah warnanya keperangan,
8. Goreng hingga siap.

Bahan inti:

10 tangkai cili kering- seeloknya yang diketahui tidak terlalu pedas- Buang biji, rebus.
segenggam ikan bilik siap dibersihkan- rendam seketika, toskan dan tumbuk halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar halus
5 sudu besar minyak masak
5 sudu besar gula pasir++
garam secukup rasa
1 sudu teh air asam jawa
1 keping asam keping

1 biji timun

Cara membuatnya:

1. Kisar cili bersama 3/4 cawan air hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan ikan bilis dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak. Kacau sambal sekali-sekali agar tidak hangus. Masukkan air asam jawa dan asam keping.

3. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga sambal berkilat dan nampak cantik. Masukkan bawang besar dan biar bawang layu. Rasa garam dan gulanya. Tambah jika perlu. Jika cukup rasanya, bolehlah dipadamkan api.

Hiris timun 2 mm tebalnya. Belah pau di tengahnya tetapi tidak putus. Sapukan sambal dan letakkan hirisan timun. Sedia dinikmati.

**** K.An bagitau kawan-kawan, nanti bila K.An bersalin, bolehle buat sendiri ikut resepi ni... sama je, tak ada rahsia....

*** sambal pau lebih manis agar naik rasanya.


6 comments:

  1. salam kak raihan,
    cantiknya...pau sambal kak! saya tak pas lagi buat pau2 nih. byk dpt tempahan?
    Nak masuk list pau sambal ni. aritu belikan tuk MIL ngan FIL, pau yg dah kejung...liat2 nak makan. sian diaorang...huhu..

    ReplyDelete
  2. salam kak,bekulaan kita..susu tepung tu,klo ganti dgn susu cair boleh ke..

    ReplyDelete
  3. salam kak, sy copy gamba pau sambal ni utk letak kat entri sy boleh? sy credit kat blog ni skali nnt;)

    ReplyDelete
  4. salida: tak pasti pulak seb. belum pernah cuba. Kalau nak cuba, buat sikit dulu seb permulaan

    cahaya kasih: salam kulaan 1 Malaysia.. selalunya susu tepung, boleh ganti dgn susu segar.. susu cair , K.An tak pernah try lagi.

    manueng: boleh saja dik... terima kasih sudi singgah periuktanah

    ReplyDelete