Saturday, April 10, 2010

Rezeki lagi... Pokok Pisang ke-2 Berbuah....

Ingat lagi pokok pisang kat belakang rumah kami ni...? bukan kat kampung ye... kat Putrajaya je..
Tahun lepas dah mengeluarkan buah sulung yang sungguh lumayan panjang tandannya. 2 minggu lepas, di pagi yang nyaman, K.An nampak muncul jantung pisang daripada salah satu pohonnya.. alhamdulillah... sehingga hari ni, dah sampai ke penghujung jantungnya, cukup 7 sikat semuanya. InsyaAllah merasa lagi le K.An dan jiran tetangga hasil yang tak seberapa ni.

Kebetulan juga, minggu lepas, mak K.An bagitau, pisang di kebun kecil kami di kampung pun dan mengeluarkan buah.... seronoknya rasa di hati...

2 comments:

  1. salam...
    boleh jadi toke pisang la cam tu...

    ReplyDelete
  2. pak long... memang ada niat jugak nak jadi toke pisang bila dah dok kampung nanti.. insyaAllah..

    ReplyDelete