Dulu-dulu, kuih Badak Berendam ni senang nak jumpa kalau ke bazaar Ramadhan. Tapi sekarang dah makin susah nak cari. Dalam majalah pun payah benar nak jumpa resepinya. Kalau adapun dah diubahsuai ikut suasana atau selera tukang masaknya.
Kebiasaan di bulan puasa juadah tradisi jadi pilihan ramai terutamanya kuih-muih seperti badak berendam ni. Kebetulan beberapa bulan lepas ada pengunjung periuktanah yang inginkan resepi Badak Berendam. Jadi bersempena kemeriahan bulan puasa, K.An kongsikan resepi ini...
K.An pun dah lama tak buat, hinggakan anak-anak K.An 'dok sibuk' bertanya macamana rupa dan rasa kuih ni di sepanjang proses k.an buat kuih ni... masa berbuka kelmarin, bila dah rasa, berebut-rebut semuanya... sekelip mata liciiin badak berendam k.An.. alhamdulillah.
Inti: (k.An buat lebih dan bakinya simpan sejuk untuk buat kuih lain nanti)
1 cawan kelapa parut putih- kalau dapat yang muda sikit kelapanya lagi sedap
1/2 keping gula melaka dicairkan (dimasak) dengan 1/2 cawan air- tapis
1 sudu besar gula putih
***Masak kelapa parut, air gula melaka dan gula putih dalam periuk dengan api perlahan. Gaul rata sentiasa hingga air gula kering dan inti sebati. Tutup api dan sejukkan inti,
Doh:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air suam dicampur pewarna hijau dan perisa pandan+ secubit garam (1/6 sudu teh)
1/2 sudu teh air kapur cair
Bahan kuah: 1 cawan santan pekat (pati)+ 1/4 sudu teh garam - bahagi 2
1 bahagian dicampur 1 sudu teh tepung jagung- kacau dengan garpu.
Cara membuatnya:
1. Campur semua bahan di atas dan uli hingga menjadi doh. Jika doh agak keras, tambah sedikit air lagi (1 sudu teh).
2. Bulat-bulatkan doh kecil sedikit saiznya daripada bola ping-pong. Leperkan dan isi inti di tengahnya.
3. Cantumkan hujung doh dan genggam perlahan bebola agar padat antara tepung dan inti agar mudah membentuknya nanti.
4. Bulatkan bebola dengan menggolekkan bebola di antara tapak tangan. susunkan di dalam bekas tahan panas. Buat hingga habis. Sementara tu panaskan pengukus.
5. Kukus kuih selama 15 minit dengan api kuat. Keluarkan daripada pengukus dan siram dengan 1/2 cawan santan. terbalikkan kuih dan kukus lagi 10 minit.
6. masukkan santan yang dicampur dengan tepung jagung ke dalam periuk/kuali. seeloknya yang non-stick. tuang santan didalam bekas kuih yang dikukus tadi juga ke dalam kuali (campurkan keduanya). masak santan dengan api perlahan sambil mengacaunya hingga pekat.
Tuang kuah santan ke atas kuih dan sejukkan seketika sebelum dihidang.
Resepi ini juga antara resepi mesti cuba daripada periuktanah...
Salam.
ReplyDeleteSepanjang bulan Ramadan al-Mubarak ni, blog k.An amat banyak memperturunkan resepi2 'best' juadah berbuka puasa. Semoga Allah SWT terus-terusan melimpahkan berkat Nya ke atas k.An sekeluarga. Amin.
Alhamdulillah dan terima kasih dr.. berkat pembaca blog ni yang rajin mencuba pelbagai resepi di sini.. InsyaAllah dipanjangkan jika dipanjangkan umur, k.An akan terus berkongsi maklumat dan resepi masakan yang k.An telah cuba.
ReplyDelete