Saturday, December 6, 2008

Jalan-jalan Cari Makan - Rumah Kak Mah & Cikgu Aziz



Jumaat malam. Kami balik kampung. Raya Haji. Sampai Parit Hj Amin jam 4.30 pagi sabtu. Dalam pukul 8.30, K.An telefon Kak Mah di Machang Bubuk, Bukit Mertajam,
"Ada di rumah tengahari ini? Kami nak pi makan tengahari kat sana, nak bawa uma sekali .."
"Buleeehhhh", kata Kak Mah. "Nak makan apa?" (Memang berkat hidup keluarga Kak Mah dan Cikgu Aziz ni, sentiasa sedia menerima tetamu..)
"Keli sambal" (Sarah suka). Terdengar suara latar, Abang Azam menyampuk "ayam bakarrr". Heh heh.
Dari Pt Hj Amin ke Taman Jambu memakan masa 45 minit. Kami sampai dalam 12.15 tengahari. Pi mai pi mai, jam 1.00 dah boleh makan..

Tahu kami makan apa?.. Keli sambal (macam permintaan), ayam bakar (macam permintaan jugak), kerang rebus, sup ayam, kari kembung, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal belacan, air asam dan papadom.
Sedap? tak dapat nak gambarkan, sedaaappp sangattt! Nasib baik Kak Mah masak nasi banyak. Kalau tidak, alamat anak-beranak dia kena masak nasi baru. Abg. Azam makan, dan makan, dan makan, dan makan, dan makan...! Orang lainpun sama...! Adik K.An, Raidah (yang dalam gambar pertama tu) punyalah makan, sampai ibaratnya kalau mak mertua dia lalu di belakang, mesti tak nampak...! (Ya la... dah lalu belakang, mana nak nampak...he he)

Lagi satu hebat Kak Mah ni, cuba tengok gambar dapur. Walaupun berhempas pulas masak, dapur tetap bersih berkilat! Bila dikenang dan dikaji, sebenarnya kami sekeluarga sama saja. Seteruk mana masakpun, dapur mesti kemas. Mak kami dah ajar macam tu..
Hidup uma!



Dari kiri.. Maryam, K.An, K.Mah, Asfarina (anak bongsu K.Mah) dan Cikgu Aziz

No comments:

Post a Comment