Wednesday, July 27, 2011

Nostalgia Ramadhan....Kuih Kosui Pandan

Setiap kali tibanya Ramadhan, ada satu perasaan halus di sudut hati ini yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ketenangan, kemeriahan, kehibaan dan kesyukuran... Yang pasti, bagi setiap umat Islam kedatangan Ramadhan sangat dinanti-nantikan sebelum tibanya hari kebesaran umat Islam pada 1 Syawal. Bagi K.An, saban tahun, Ramadhan dan Syawal meninggalkan pelbagai kenangan manis tidak kira di mana kami sekeluarga menyambutnya.

Selain Ibadah puasa dan solat Tarawikh yang ditunaikan, setiap juadah yang dijamah juga ada sejarah tersendiri. Macam-macam jenis makanan telah K.An pelajari di sepanjang hidup selama 39 tahun lepas. banyak yang telah K.an kongsikan resepinya pada tahun-tahun lepas, antaranya kuih kosui pandan ini.


Terima kasih kak Su (Puan Suliza - bekas guru di SBPI Rawang) yang berkongsi keenakan kuih ini lebih 6 tahun lepas.... setiap kali K.An membuatnya, pasti terkenangkan Kak Su sekeluarga...

Kepada pembaca Periuktanah, sekali lagi K.An kongsikan resepi mudah tapi sedap ini...

Bahan-bahan: menghasilkan +/- 25 ketul kuih bersaiz lompang.

1  1/2  cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air pandan (kisar  4 helai daun pandan bersama 1 cawan air- perah dan tapis)
2 cawan air biasa
sedikit pewarna hijau
1/2 sudu teh air kapur cair- sangat cair ye...

kelapa putih secukupnya digaul dengan sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Sediakan acuan lompang. Panaskan air kukusan dan biar hingga mendidih. (Alas penutup kukusan dengan kain bersih agar air tidak menitis ke dalam kuih ketika mengukus)

2. Campurkan semua bahan kecuali kelapa putih di dalam mangkuk adunan. Gaul sebati menggunakan whisk hingga gula hancur. Tapiskan ke dalam mangkuk lain agar adunan tidak berbintil. Gaul rata dan terus isikan ke dalam acuan lompang. Isikan hampir penuh acuan. 

3.Kukus dengan api kuat selama 15-minit atau kuih nampak jernih. Angkat dari pengukus dan sejukkan selama 1/2 jam sebelum kuih dikeluarkan daripada acuan. Hidangkan bersama kelapa putih..

Jika adunan dibuat dalam kuantiti yang banyak, pastikan adunan dikacau sekali-sekali sebelum dimasukkan ke dalam acuan agar adunan tidak mendap ke bawah. Kuih ini boleh juga dikukus di dalam loyang yang bersesuaian saiznya.

Selamat mencuba...

5 comments:

cik cek said...

An...
Bau sampai kerumah kak cek kuih kosui pandan ni...memang lama dah teringin nak buat kuih kosui ni...fav husband kak cek...asyikla bertangguh...cantik je kaler ijau tu...:)

Amie said...

selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak....

pernah makan kuih ni tapi tak pernah buat...

Raihan Shaari said...

Salam Kak Cek... hmmm betul kak, baunya tersangat le wanginya.. anak-anak An suka sangat bau kuih yang sedang dimasak.. bolehle kak cek buat bulan posa ni.. :)

Raihan Shaari said...

Salam Amie.. boleh cuba buat lepas ni.. dapat banyak dan boleh makan berulangkali...

cikmanggis said...

salam An..selamat menyambut bulan Ramadhan buat An sekeluarga.Semoga diberikan kesihatan yang baik agar dapat melipat gandakan amal ibadah dibulan yang penuh berkat ini.Terima kasih atas ucapan hari jadi untuk Cm..dah tua..dah jadi nenek hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin