Thursday, June 25, 2009

Triffle

Sambung cerita menu makan-makan Ahad lepas.. kali ni giliran buahtangan Kak T- triffle pandan.
Kalau di KL ni memang selalu jumpa triffle ni kat majlis makan-makan tapi dalam pelbagai versi. Ada yang menggunakan kek span, swiss roll atau kek coklat untuk lapisan bawahnya dan topping jeli pulak boleh dipelbagai mengikut perisa jeli yang digunakan. Selalunya K.An gunakan kek coklat lembap untuk lapisan bawahnya dan jeli perisa rasberi atau strawberry untuk topping. (ikut versi Salina yang mula-mula bagi resepi ni) Kegemaran kami sekeluarga ni..

Bila Kak T buat kek pandan kat bawah dan jeli perisa mangga..hmmm sedap juga sebab tak berapa manis dan boleh makan banyak-banyak.. cuma tak sempat makan banyak, dah habiiis.. huk.huk..

Kat sini K.An bagi resepinya tanpa resepi kek sebab boleh letak apa-apa kek ye.. Walaupun ramai dah tahu resepinya , K.An bagi juga sebab pembaca periuktanah terdiri pelbagai latarbelakang, termasuk kakak2 dan makcik-makcik K.An kat kampung tu... ramai yang nak cuba buat sendiri....

Bahan-bahan untuk hidangan 10 orang:

Lapisan A: Kek coklat lembab/ kek span/ swiss roll sebarang perisa- potong setebal 1 sm dan susun dalam bekas tahan panas/ sejuk (anggaran ukuran 8 inci X 8 inci)

Lapisan B:
1 tin susu cair + 2 sudu besar gula + 2 sudu besar tepung kastard.

Kisar dalam blender dan masak dalam periuk dengan api perlahan hingga ala-ala pekat. Kacau sentiasa agar tidak hangus. Sejukkan sebentar. Tuang dan ratakan di atas lapisan kek tadi.

Lapisan C:

Toskan buah-buahan dalam tin (cocktail). Ambil sedikit sahaja sirapnya. Tabur rata di atas lapisan kastard.

Lapisan D:

Jeli kristal segera atau agar-agar segera perisa strawberry/ rasberi/ mangga atau ikut citarasa.
Sediakan ikut arahan pada label kotak. Ratakan di atas lapisan buah-buahan. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang.

*** boleh juga disediakan dalam bekas-bekas kecil supaya senang nak dihidang secara individu. (mangkuk kecil, bekas puding atau gelas berkaki untuk lebih ekslusif)

2 comments:

Anonymous said...

Kak An, puding triffle ni memang best... tp kat sini takde tepung kastad plak.. kalau tepung laen boleh guna tak Kak?

Raihan Shaari said...

to blogresepi: boleh ganti tepung jagung Ijan.. rasa dia lain sket dan warnanya tak kuning, tapi boleh aje.. cubalah ye..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin