Saturday, January 28, 2012

Rezeki datang Dalam Pelbagai Bentuk..

Selepas pulangnya keluarga Pakcik, K.An menerima panggilan telefon daripada Junior K.An di UIA dulu, Mimi mengkhabarkan berita baik untuk K.An.....  Sepupunya memerlukan pembekal kuih-muih untuk Kafe yang baru diambil-alih di Wisma Putra, Putrajaya..  alhamdulillah. Walaupun K.An terpaksa tolak tawaran seorang lagi usahawan yang yang menawarkan K.an menjadi pembekal Kek Karamel kerana masalah jarak jauh, tetapi akhirnya, datang juga tawaran lain yang lebih dekat.

Keesokan harinya pula, seorang lagi rakan menghubungi K.An, menawarkan kontark membekalkan makanan untuk Tadikanya yang memulakan operasi januari 2012...

Alhamdulillah... masa untuk bekerja ya Ummi...

Tapi ada cabarannya... sebaik sahaja K.An setuju dengan kedua-dua tawaran, 'Aisyah pulak tak sihat... Athmanya datang balik gara-gara minum air sirap... (kat surau dan kenduri kahwin...) dia memang tak boleh minum air yang ada pewrana berlebihan.. makanan pun sama... Sudahnya, 3 hari seterusnya K.An berkampung di Hospital Putrajaya...


'Aisyah dah hiaskan penkek leper ni dengan jem... hmmm nampak sedap juga kan...?


 Dah cabut IV, 'Aisyah dah boleh pergi main kat playground... bestnya...





Walaupun tak sihat, 'Aisyah bagus sangat bila tiba waktu makan... dia makan banyak, makan ubat ikut jadual (walaupun kena kejutkan dari tidur waktu tengah malam) dan alhamdulillah, cepat sihat... selepas 3 hari, 'Aisyah pun boleh balik rumah..  tapi selepas ni, kami kena pantau kesihatan dia dengan lebih teliti...

beberapa hari lepas tu, K.An kena pulihkan rumah yang jadi tunggang-langgang selama ketiadaan K.An.. Terima kasih kepada Abi dan anak-anak yang telah membantu sedaya upaya....

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara,

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum Mati....

Maka.... hargailah setiap rezeki dan peluang yang mendatang...

9 comments:

cikmanggis said...

Alhamdulillah Aisyah dah sihat......Patut lah lama An tak bersiaran.Akak tumpang gembira dengan rezeki yang An perolehi.Bila lah nak sampai ke P8 ni :)

Choco Ani said...

Alhamdulillah Aisyah dh sihat.. lama An tak update blog.. moga segala urusan An dipermudahkan Allah..

Huzaina Hashim said...

Alhamdulilah Aisyah dh sihat...semoga cepat sembuh...salam kenal dari saya...:-)

My Dapur said...

Kesiannya dia...harap2 lepas ni jgn salah makan..sorry la dah lama tak open blog. sibuk skt. Anak lelaki sy pun sama masa kecil kena asma..siap duk kat Hopt.Putrajaya juga dan sampai skg masih follow up kat Pead, Hosp.Putrajaya..jumpa lagi.

Linda Sabri said...

rindu aisyah

Linda Sabri said...

rindu aisyah....

Lya said...

alhamdulillah, aritu jumpe adk aisyah.. ok jerk nm[pk.
smoga terus diberi kesihatan yg berpanjangan

Lya said...

alhamdulillah, aritu jumpe adk aisyah.. ok jerk nmpk.
smoga terus diberi kesihatan yg berpanjangan hendaknya.

Raihan Shaari said...

Alhamdulillah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin