Monday, November 14, 2011

Nasi Goreng Ladna

Alhamdulillah, berlalu sudah 2 minggu yang panjang dan padat dengan pelbagai aktiviti... Balik kampung, menyambut Hari Raya AidilAdha, bercuti bersama keluarga dan kembali ke Putrajaya... 

Seperti biasa bila pulang ke kampung, tutup laptop. facebook dan juga blog..... sepenuh masa dicurahkan untuk berbakti kepada mak K.An, ibu dan bapa mertua dan ahli keluarga tercinta. Tambahan pula seminggu sebelum raya, K.An dimaklumkan, mak kurang sihat dan kurang selera makan. Begitu juga mak dan ayah mertua.  Maka, tugas K.An adalah untuk menyediakan aneka juadah yang bakal melahirkan kembali selera makan mereka. Alhamdulillah walaupun cuma 3 hari bersama, sempat K.An masakkan sesuatu yang mereka suka...


Untuk 'warm-up' bulan November, K.An mulakan dengan resepi ringkas dan mudah Nasi Goreng Ladna kegemaran K.An, 'Aisyah dan Sarah.... bukan sahaja ringkas tapi penuh khasiat.

Bahan-bahannya (hidangan untuk 3-5 orang)

3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih- ditumbuk kasar
1/4 cawan sotong yang telah dihiris kecil
sedikit isi ayam dipotong kecil
5 ekor udang harimau
serba sedikit sayuran- Pak-choi, jagung muda, karot, bunga kobis, dihiris ikut citarasa
1 tangkai cili merah dihiris serong
3 tangkai cili padi akar diketuk- tambah jika suka lebih pedas
2 cawan air rebusan ayam (jika tiada gantikan dengan air biasa dan 1/2 ketul kiub ayam)
2-3 sudu besar tepung jagung  (bancuhkan dengan 1/2 cawan air)
1 sudu besar sos tiram
3 cawan nasi sejuk 
1-2 sudu besar kicap manis
minyak untk menumis

Cara membuatnya:

1. Panaskan 1 sudu besar minyak didalam kuali. Masukkan nasi. Renjiskan kicap dan gaul nasi bersama kicap hingga sebati. Ketepikan dahulu.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali atau periuk  lain. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Goreng seketika hingga naik bau wangi. (tak perlu diangkat)

3. Masukkan bawang yang ditumbuk, cili api, cili merah dan tumis lagi hingga terbit bau wangi. (1 minit) Seterusnya masukkan batang pak-choy, karot, bunga kobis, jagung muda. 

4. Masukkan sos tiram, air rebusan ayam dan sedikit garam. Biarkan mendidih. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan daun Pak-choy. Kacau hingga kuah agak pekat. Matikan api.

5. Cedokkan nasi ke dalam pinggan dan tuang kuah bersama bahan lain ke atas nasi. Sedia dinikmati.



****Tips K.An :   

*   Untuk kuah yang sedap,  pastikan sayuran yang digunakan segar, bahan mentah dimasak sempurna tetapi tidak terlalu lama dan gunakan api perlahan ketika mereneh kuah.

*   Aneka sayuran lain boleh digunakan seperti cendawan tiram, kailan dan kobis untuk menambah rasa manis kuah.

8 comments:

ibundo said...

salam raihan. Bundo selalu buat mee ladna tapi belum penah buat nasi ladna. Nanti nak cuba juga ni..

Anna Qawina said...

aslmkm Kak...lapar la pulak ni..pg td ingat nak buat mcmtu nasi goreng Ladna tp bahan lak takde..sudahnya nasik goreng telur jela..hehe

Choco Ani said...

salam.. selalu jenguk blog an ni dh jadi rujukan jika tak de idea nak masak.. trus kan.. syabas..

Raihan Shaari said...

ibundo: salam.. An suka sangat nasi goreng ladna ni sebab tekstur sayur yang rangup tu menambah selera.. Tapi An pulak tak pernah buat mee ladna.. Nak kena try jugak tu.. tq Bundo..

Raihan Shaari said...

Anna Qawina: heheheh... nasi goreng telur pun tak kurang sedapnye... anak2 K.An, yang tu febret mereka..

Raihan Shaari said...

Choco Ani... terimakasih banyak sudi jadikan periuktanah tempat rujukan.. hmm, kongsi resepi mudah, supaya boleh dicuba semua..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak An.
Salam perkenalan dari Naz. Naz follow dan minta izin link blog kak An ke blog Naz yer..

Naz suka nasi goreng ladna sbb bnyk sayur. Tapi kan, tak pernah buat sendiri hehehe..

kanzaenterprise said...

salam perkenalan..bessstt sgtt blog nie!!! jom singgah...jgn lupa follow:) thanks...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin