Monday, October 31, 2011

Pai Crumble Keledek... transformasi berjaya.,..

Assalamualaikum semua...



Hari ini, K.An nak kongsi resepi Pai Crumble Keledek yang asalnya adalah resepi lain yang tak kena dengan selera K.An....huhuhu... Resepi asalnya adalah Kaserol Keledek Butter Crumbled yang K.An salin daripada satu Majalah masakan.. (tak perlu disebut namanya..)

Bila dah siap.. jadi elok rupanya tapi..... rasanya, tak kena dengan tekak K.An... ada rasa maniiiis je (walaupun K.An dah kurangkan gulanya)  Untuk tidak membazir dan di'tong' sampahkan, kepala ligat memikirkan cara mengubah kuih tu menjadi benda lain yang sedap... fikir punya fikir akhirnya, K.An jadikannya pai... sedap....alhamdulillah, K.An dan Sarah jadi tukang makannya...(yang lain phobia sebab teringat-ingat rasa yang sebelum ni)



Bila dah jadi sedap, bolehlah K.An kongsikan resepinya di sini...boleh juga tukar selera sekali-sekala.. selalunya buat pai labu, apa kata kali ni kita  buat pai keledek.

Bahan-bahan:    (PASTRI PAI)

200 gm tepung gandum
secubit garam halus
100 gm   mentega  /   margerin
2-3 sudu besar air ais
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya:

1.   Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama garam ke dalam mangkuk.

2   Masukkan mentega.  Gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.

3.   masukkan telur. Tambahkan air ais sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh lembut.

4.   Isikan ke dalam plastik atau balut dengan 'cling wrap'.  Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.


Sementara tu sediakan lapisan kastard dan inti pai.

Bahan-bahan kastard:

1/2 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan di dalam periuk. Gaul dengan whisk hingga sebati.

2. Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api perlahan. Masak kastard sambil dikacau sehingga kastard pekat. Ketepikan.


Cara memasak pastri. 

1. Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canai pastri pada ketebalan bersesuaian dan letakkan di dalam tin pai bersaiz 7 inci. Biar berlebihan di tepi acuan kerana pastri akan sedikit mengecut apabila masak.

2. Panaskan oven pada suhu 180 C.  Masukkan tin pastri di tengah oven dan bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan Inti Pai:

150 gm keledek putih/merah- dipotong kiub dan direbus empuk
50 gm gula perang
1 biji telur
20 gm mentega
60 ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam

Bahan Crumble

50 gm gula perang
20 gm tepung kek/ tepung berserbuk penaik
15 gm mentega
3 sudu besar kacang tanah yang telah disangrai dan dikisar
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Lecek keledek hingga halus. Campurkan dengan gula, mentega, esen, telur dan garam. Gaul sebati.

2. Keluarkan pastri yang telah dibakar tadi dan ratakan kastard di atasnya.  

3. Ratakan pula campuran keledek di atas lapisan kastard. Akhir sekali satukan semua bahan crumble dan gaul sebati. Taburkan di atas lapisan keledek.

4. Masukkan pai ke dalam bahagian tengah oven dan bakar pada suhu 160 C selama 30-40   minit lagi.  Sejukkan sebelum dihidang.

7 comments:

  1. kadang kadang kta kena kreatif untuk elakkan dari membazir.Nampak pun sedap.Suka lihat Gambar "gadis" manis yg posing tepi pie tu hehe

    ReplyDelete
  2. salam puan - Tahniah berjaya buat transformasi :) hebat !

    ReplyDelete
  3. wahhhh! menu menarik model pon chumel!

    ReplyDelete
  4. cikmanggis: Tak sampai hati nak buang makanan tu kak.. walaupun asalnya nak masak benda lain, tapi terpaksa ambil masa lama memerah otak untuk proses transformasi ni.. alhamdulillah berbaloi..

    ReplyDelete
  5. lina.. alhamdulillah.. :) usaha tangga kejayaan..

    ReplyDelete
  6. cik cek: alhamdulillah, jadi sedap akhirnya

    eliza: model tu selalu menyelit...!!! hari ni bagi 'can' ke udara..heheheh..

    ReplyDelete