Alhamdulillah, pada 5 Jun 2011 yang lepas, K.An berkesempatan mengikuti Kelas Membuat Coklat bersama Siti di rumah beliau di Seri Kembangan. Terima kasih banyak K.An ucapkan kepada Siti yang sudi berkongsi ilmu dan pelbagai tips berguna bagi menghasilkan coklat yang bermutu dan sedap. Seronok juga bersembang dengan siti dan suminya Wan yang merupakan usahawan dari rumah sahaja... Inspirasi mereka memberi semangat kepada K.An untuk terus melangkah ke depan walaupun secara kecil-kecilan di rumah. Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas yang sama, bolehlah rujuk blog Siti di ShOcOlat's House untuk pelbagai pakej menarik.
Anak murid bersama Cikgu Siti
Zaini dan Tisha yang turut serta di kelas tersebut
Hasil kerjatangan K.An dengan bimbingan Siti
Sesiapa yang berminat nak menempah, boleh e-mail K.An di raihanshaari@gmail.com ye atau mesej K.An di Facebook Raihan Shaari.
Selain untuk dimakan sendiri, coklat ini sesuai dijadikan buahtangan untuk harijadi anak-anak, kenduri kahwin dan hadiah untuk yang tersayang. Yang penting, bahan-bahan yang digunakan dijamin Halal.
Salam Kak An...
ReplyDeleteNak blajo buah coklat ngan kak An la gini.... cam best je sbb cikgu tak garangggg....hehehe
Salam raihan..bestnya g kelas2 memsk nie....!!
ReplyDeleteteringin juga nak belajar...tapi jauh lah pulak...
ReplyDeletebaguslah dpt belajar, kakzana buat sendiri je, takde kelas melas....
ReplyDeleteacuan coklat mcm dlm gmbr Raihan tu ada, mood nak membuatnya yg takde..
Salam Fara.. ye ke K.An tak garang? Belajar memasak bukan mcm kelas matematik..nak kena garang baru pandai.. Fara dtg le KL.. lepak umah K.An
ReplyDeleteSalam atie; tua2 ni seronok pulak gi kelas..hihihih..
Muna: sekarang ni ada byk kelas gini, cuba google je
kak zana: tak berani nak cuba sendiri, tu yang pegi kelas.. dah belajar dari cikgu, baru puas hati..
salam kak.. bestnya dapat gi kelas.. teringin nanti bila balik msia pergi..:)
ReplyDeleteKak An, Farah mmg kat KL skrg ni, Farah keje kat MPM Selayang, InsyaAllah nanti Farah ajak tini sama boleh sembang meriah sikit sbb lama tak jumpa Kak An.... Rinduuuu
ReplyDeletebestnye..tringin nak blaja tp tkt sy ni xsabar,nnt sparuh jalan je...huhu
ReplyDelete