Alhamdulillah.. hari ni dapat lagi kita bersua muka di laman periuktanah, Laman Resepi dan Cerita Masak-masak K.An dan keluarga... Walaupun masak biasa-biasa je, memang betul kata orang, air tangan ibu tu amat penting dalam mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.. Paling kurang, ada sesuatu yang suami atau anak-anak ingat bila berjauhan.
Sebut tentang masak biasa-biasa, hampir setiap keluarga ada hidangan yang digemari dan selalu diulang makan dan masak. Tak kiralah makan di kedai mahupun di rumah. Mana ada orang yang sanggup masak setiap hari, menu baru.. ye tak? Di rumah K.An ni, kami berkongsi banyak makanan kegemaran. Kalau lauk-pauk tu seperti, Masak Lemak Cili Api Telur Itik, Kurma Ayam, Ikan Keli Sambal, Sambal Tumis Petai, Sambal Goreng Tempe, Aneka Sup seperti Sup Tulang, Sup Siam, Sup Ayam, Pajeri Telur, Kari Ikan dan macam-macam lagi. Seingat K.An , lauk-pauk ni dah beratus kali dimasak untuk suami dan anak-anak.
Makanan ringan seperti kuih-muih dan hidangan sarapan dan minum petang pun begitu juga. Aneka sanwic, Roti John, Lempeng, Mee, Mihun dan Kue-Teow dan pelbagai kuih tradisional yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Lagipun bila ada 5 orang anak, macam-macam permintaan mereka yang K.An perlu penuhi. Selalunya mereka nakkan rasa yang sama seperti selalu K.An buat. Jadinya, cuma sekali-sekala K.An mencuba resepi baru. Jadi kalau ada yang bertanyakan resepi Kari Ikan contohnya; bolehlah punggah resepi lama-lama K.An yang ada dalam periuktanah ni... (di ruangan Cari Resepi tu ye...)
Hampir kesemua resepi yang K.An kongsikan di Periuktanah adalah yang paling K.An suka rasanya: (secukup rasa gitu..) Kecuali jika K.An sebutkan resepi yang lain yang lebih baik..
Antara resepi ulangan yang digemari semua daripada Abang Azam, Iqbal, Asma', Sarah dan sehinggalah Maryam dan 'Aisyah ialah kuah tomato dimakan bersama kepingan Roti sanwic. Nampak sungguh ringkas, tapi percayalah, ianya sungguh sedap dan berkhasiat. Inipun dah beratus kali K.An buat sebab mudah untuk sarapan sebelum ke sekolah.
Resepinya pernah disiarkan sebelum ni, dengan tajuk Sarapan Ala Mediterranean.. Untuk kemudahan semua K.An siarkan sekali lagi untuk dicuba....
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)
2 biji tomato saiz besar (XL) buat 3 jika saiz sederhana- didadu tanpa dibuang biji
1 labu bawang besar Holland saiz sederhana-didadu
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun atau minyak masaak
secubit garam
1/2 sudu teh gula
1/2 cawan air
Roti sanwic secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau wangi, Masukkan tomato dan air. Biarkan mendidih dan tomato agar hancur.
2. Tambahkan garam dan gula. Gaul rata dan biar kuah agak pekat. Matikan api dan sedia dihidang ketika panas atau sejuk.
Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)
ReplyDeletesalam Raihan..apa kabar?lama xsinggah kat sini...
ReplyDeletealhamdulliah kamu dah mula share resepi semula.
ReplyDelete