Kepada peminat krim paf (cream-puff), wajib cuba resepi ni terutamanya resepi krim kastard Mat Gebu yang saaaangat sedap rasanya.... Kebetulan masa membalas kunjungan follower Periuktanah- Iemah di qt1878.blogspot.com , K.An ternampak resepi Mat Gebu yang dia poskan. Tanpa berlengah lagi terus K.An geledah dapur Mat Gebu- (pakar masak terkenal seantero dunia tu) dan terus cuba resepi ni.... Sedaaaap sangat sampaikan 2 adunan yang K.An buat-menghasilkan lebih kurang 70 biji krim paf, habis liciin dalam beberapa kelip mata sahaja...hahahhah....
Terima kasih sangat, kepada Mat Gebu yang sudi kongsi resepi dan Iemah yang tolong 'promote' Mat Gebu....
Nak tengok hasil tuan punya resepi, boleh klik kat sini ye.... Dapur Tanpa Sempadan
K.An pernah siarkan resepi K.An sebelum ni yang menggunakan margerin, tapi yang ni lebih gebu dan coraknya lebih cantik
Doh/ 'butter':
50 gm mentega
125 ml air
1/3 st garam
75 gm tepung gandum- diayak
1 biji telur + 1 biji kuning telur
1/2 st esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau hingga cair.
2. Perlahankan api. Masukkan garam dan tepung. Kacau cepat-cepat menggunakan senduk hingga campuran jadi doh. (proses sgt cepat, tak sampai seminit) Kalau kacau perlahan-lahan, adunan tak jadi doh tau....
3. Ketepikan sebentar hingga adunan suam. (gambar 1)
4. Masukkan doh ke dalam mangkuk adunan. Campurkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati menggunakan speed sederhana.
5. Sediakan loyang pembakar dan lenser dengan sedikit mentega. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang. Paipkan adunan berdiameter 2-3 sm (ikut citarasa) ke dalam loyang. (gambar 2)
6. Panaskan oven pada suhu 180- 200 darjah Celcius ( ikut jenis oven)dan bakar selama 25 minit atau krim paf keperangan. KAn letakkan loyang di bahagian tengah oven agar krim-paf masak sekata...
Ingat ye... tak ada makna krim-paf gebu kalau kastardnya tak sedap... resepi krim kastard ni memang sesuai sangat dengan krim paf ni...
Bahan-bahan krim kastard:
1 bijikuning telur
150 ml krim putar (whipping cream)
1 1/4 sudu besar tepung kastard
25 gm gula halus
1 sudu besar parutan keju cheddar
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan kecuali keju cheddar di dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk.
2. Hidupkan api perlahan dan biar panas. Masukkan keju cheddar dan terus mengacau adunan hingga bancuhan pekat.
3. Kata Mat Gebu, bila whisk diangkat, kastard jatuh bertali. Matikan api dan alihkan kastarddari dapur. Tutup bekas dengan cling wrap agar permukaan kastard tidak mengeras. Biar sejuk sebentar..
Belahkan krim paf dan isi krim kastard secukupnya... sedia dinikmati...
**** K.An buat 2 X kali ganda adunan, sepadan dengan isi rumah...(hiihihi...). K.An cuma ada 1 kotak 200ml krim putar. jadi K.An campurkan 200 ml krim putar dengan 100ml susu segar... rasa krim kastard tetap enak dan lemak berkrim. Jadi, kepada yang tak ada krim putar, boleh le cuba guna susu segar sebagai pengganti.
Kakak-kakak dan ummi terpaksa beralah sikit sebab 'Aisyah suuuka sangat krim-paf ni....
Kakak-kakak dan ummi terpaksa beralah sikit sebab 'Aisyah suuuka sangat krim-paf ni....
salam Kak An, Apa khabar?...sedapnya tgk krim paf dan kastard ni...teringin nk mencuba tapi takut pula x menjadi..
ReplyDeletesedap nian kue nya mak cik?? bagi aku
ReplyDeleteSalam puan. Ingin join blog community puan. Sudilah kiranya puan add url saya ni http://studiomasakanchefhussin.blogspot.com
ReplyDeleteHarap dapat bertukar2 pandangan.
Terima kasih
salam kak An...terima kasih daun keladi sbb sudi singgah blog iemah...hehehe nmpak cam beshh jer krim puff akak tu..terliur plak tgk..iemah nie pun lom smpat2 lagi nak buat..kastadnyer dh lama dh beli..nk membuatnyer yg lom sempat2..takat tempek resepi kat blog jer...ahahahakss :)
ReplyDeleteakak dh try ker resepi chilled cheese cake tu? sonanggg dan sodappp ;)
ari tu masa lunch kat sebuah kedai mkn kat sini...makcik owner kedai tu bagi free krim paf..sedap giler sebab dia letak aiskrim coklat sbg inti krim nyer..nie bebudak mesti suka :)
ReplyDeleteSalam Nieza: cubalah buat..senang je dan hasilnya pun banyak. puas makan.
ReplyDeleteEdo: kuenya udah habis..!! lain kali tempah dulu, insyaAllah ada rezeki..hihiih
Chef Hussin: kecil tapak tangan, nyiru K.An tadahkan.. Terima kasih sudi jengah periuktanah yang tak seberapa ni.. InsyaAllah K.An join chef pulak..
Iemah:Salam.. Ok gak bila iemah rajin tepek resepi ni.. tak sempat buat sendiri, ada orang lain tolong buatkan. Chilled cheese cake tu cdgnya nak buat masa cuti sekolah.. nak jamu anak2..
krim puff letak ais-krim..tak dpt dinafikan kesedapannya..nyamnyam..
salam Kak An,
ReplyDeletesy try resipi custard tu..tp bile sy kacau lama2 jd berminyak. he3 maybe sbb kacau lama sgt kot. sepatutnya sema bhn2 custard except cheddar cheese perlu whisk smpi kembang ke?
emunna: (sori le tak tau K.An nak nulis ni...)
ReplyDeleteKastard tu, cuma perlu dikacau dengan whisk agar tidak berketul-ketul dan sebati. Jangan pukul ye dik.. jadi lain pulak nanti. Sebaik sahaja kastard panas dan mendidih, gunakan api kecil. InsyaAllah kastard akan memekat dengan sempurna...
hehehe TQ k'An... name sy emilia..tu tulisan russian kekeke ^^
ReplyDeletenway k'An kalau saya nak buat dlm 50biji cream puff b'saiz sederhana..brape adunan ekh diperlukan?
emilia..hmmm.. sedapnya nama..k.an suka..
ReplyDeletekalau krim paf saiz sederhana, 2 adunan rasanya cukup untuk dpt 50 biji. kastardnya pun buat 2 kali ganda ye..
TQ k'An..sudi berkongsi dgn sy yg br nk blaja ni ^^
ReplyDeletesy suke sgt dgn kuihni..tq utk resepi
ReplyDelete