Wednesday, August 4, 2010

Mai-mai... Gulai Sembilang...

Dah 8 hari berlalu... tak terasa dah selesai juga masa-masa kritikal lepas bersalin... K.An kembali ke dapur seawal hari ke-3 selepas melahirkan... almaklum, dah anak ke-6, jaga sendiri je..

setakat hari ni, baby Munirah pun tak banyak ragam... tidur lena siang dan malam.. minum susu pun banyak dan dah mula salin kulit nak membesar. Risau juga takut kena demam kuning, tapi alhamdulillah di hari ke-3, ambik darah di hospital, ada sikit kuning tapi tak sampai kena masuk wad. Ikut petua ramai, K.An pun minum susu kambing dan bagui juga baby minum susu kambing tu... Alhamdulillah , berkesan juga..
Dah lama tak bersiaran, hari ni K.An kongsi resepi yang patutnya ke skrin untuk bulan Julai tapi dah ter'masuk' wad pulak.. Ikannya abang Azam dapat masa ekspedisi memancing di Pulau Ketam 20 Julai lepas.... sempat lagi tu, walaupun isteri dah saraaat sangat... (bagi can kat dia...)

Gulai sembilang ni kegemaran Abang Azam (suami saye tu...) dan biras-birasnya ...(abg Mie, abg Zul...abg Jis suka ke...?.. tak ingat pulak) Selalunya makan di kedai kat Kuala Kurau atau batu 5 sebab susah nak dapat sendiri yang segar kalau cari di pasar. Semua dah diborong kedai makan.

Kepada yang tak tahu, Ikan sembilang ni rupanya macam ikan keli tapi ianya jenis ikan laut dan Warnanya gak ke merahan (pink gitu).. Tak tahulah rasa gulai K.An ni macam kat kedai ke tidak, tapi kalau nak makan gitu-gitu boleh lah... (ye tak bang?)
Bahan-bahannya: (hidangan untuk 2-3 orang)

1 ekor ikan sembilang saiz sederhana (lebih kurang 500 gm)- potong kecil dan bersihkan macam ikan laut lain sebab tak berbau

3 sudu besar rempah kari ikan- bancuh dengan 1 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili kering- kerat 1 inci
4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dihiris
2 tangkai daun kari- lurut daunnya
1/2 sudu teh halba campur-ikut citarasa
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya
1/2 sudu teh asam jawa xtra Adabi
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, cili kering dan halba campur hingga wangi. Masukkan rempah kari, daun kari dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan 1 cawan air dan santan pekat. Masukkan asam jawa dan biarkan mendidih. Tambah garam dan gula. Jika ingin kuah banyak, boleh tambah sikit lagi air. Masukkan ikan dan didihkan gulai hingga ikan lembut.(tutup periuk)
3. Cucuk ikan dengan garpu... jika ikan telah masak bolehlah dimatikan api dan dihidang bersama nasi putih.


6 comments:

  1. salam An..akak nak datang ziarah an ni:)camana ya?nak tengok baby.Rasanya kita ni berjiran kot:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya ikan sembilang...lama dah mas tak makan..ha..ha..seronoknya ada baby...mas suka cium bau baby tu..wangi la...

    ReplyDelete
  3. kak CM... datang le.. nanti an msg no phone..

    mas.. betul mas, pantang nampak bbay automatik je nak cium.. anak2 pun camtu...hihihi...

    ReplyDelete
  4. Waa respect la An, dh kembali bersiaran.. Memang kena mcm tu pun sbnrnya, buat kerja pelan2,ikut kemampuan bdn, berpantang bukan bermakna asyik tidur terbaring je kan.. Kat sini omputih hari kedua dh mula keluar shopping, lagi hebat, tp tu dh lebih sgt.. Moga An n baby sihat & dirahmati, ameen.. - kak fa

    ReplyDelete
  5. salam kak an...wah! super mom neh...
    masak2 pun jga diri ek...
    nk deliver brg neh..cemana ek???

    ReplyDelete
  6. confirm, gulai sembilang yang lulussss, nasib baik tulang ikan tu keras, kalau tidak dengan tulang-tulang dia abang telan..he he. dan terima kasih bagi pi mancing hari tu.. nanti nak pi lagi, buleh na...

    ReplyDelete