Kuih kat gambar tu dah tak perlu diperkenalkan lagi.... di tengah masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ni, kuih-muih sebegini bukan sahaja digemari masyarakat kaun India sahaja, tetapi turut menjadi kesukaan masyarakat Melayu dan China.
Kalau nak tahu asalnya K.An kenal kuih ni semasa di sekolah menengah lebih 20 tahun dahulu. Masa tu di kantin sekolah kami ada sepasang Ane dan Aci yang jual pelbagai maruku dan wadei yang sungguh sedap..
Wajib ada bekalan maruku untuk kudapan waktu kelas persediaan ataupun di waktu lapang lain. Kadang-kadang K.An dan kawan-kawan beli yang dijual di stesyen bas Ipoh... tak kurang juga sedapnya... tak tahulah sekarang ni ada lagi ke tidak... (mana pulak datangnya underline nih.. tak boleh buang pulak...)
Dah bertahun tinggalkan zaman sekolah, tapi kesukaan kepada masalode tetap sama. Kali ni dibuat sendiri di rumah ye... Asalnya belajar daripada adik K.An, Moon yang siap buat demo dengan praktikal kat kampung masa balik raya tahun lepas. Buat sebesen besar... habiiis.. Moon kata dia dapat resepi daripada adik K.An sorang lagi Raidah dan Raidah dapat daripada kakak sulung K.An kat Ipoh tu... Kak N. Tapi memandangkan suami Moon paling suka kuih ni, maka dialah yang paling pakar...
Resepi yang ini, K.An sukat sendiri untuk kemudahan semua sebab yang nama-namanya tersebut di atas tu bagi bahan je, tanpa sukatan...hehehheh...
Bahan-bahan: (menghasilkan +/- 10 ketul kuih ikut saiz)
1 cawan kacang dhal- basuh dan rendam semalaman
1 labu bawang besar- didadu kecil
1 tangkai cili merah saiz besar- buang biji dan hiris halus
2-3 tangkai daun kari- lurut daunnya dan hiris halus
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh rempah kari (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
garam (1 sudu teh ++)
sedikit serbuk cili jika suka
1 biji telur gred B
Cara membuatnya:
1. Toskan kacang dhal dan bahagikan dua. Satu bahagian dikisar halus dalam pengisar kering. Satu bahagian lagi ditumbuk kasar atau dikisar kasar. K.An tumbuk untuk mendapat hasil yang sekata.
2. Satukan kacang dhal bersama semua bahan lain di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tangan dan rasa masinnya. Jika cukup rasa, bentukkan bulat dan leperkan sedikit menggunakan tangan.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali. Goreng kuih hingga keperangan.. K.An suka garing di luar jadi pastikan gunakan api sederhana ketika menggoreng.
salam Raihan...sedapnya kuih vadei nie...dulu buat tp berderai jer masa goreng.atie copy resepi raihan nie yer...
ReplyDeleteKunyah dengan cili hijau, pergh sedap bukan main!
ReplyDeletesukanya vadei, tiap2 mgu beli kat psr mlm.. ingat lagi dulu ada pakcik india tu jual naik motor, kunyah ngan lada ijau.. mabeles!
ReplyDeletesalam kak raihan,
ReplyDeletewah! bestnya! dah lama nak cari vadai ni. teringin nak cuba buat sendiri. promo tu bunyi best sangat.. ;)
atie: sama le selera kita ye.. masa menggoreng tu kalau tak kena cara memang berderai. tapi sebabkan telur tu jadi pelekat, goreng sebelah dulu, 2, 3 minit baru terbalikkan. InsyaAllah ok. An guna minyak ala-ala tenggelam je.
ReplyDeleteMamaFami: nak try jugala kunyah dengan cili hijau. Tak pernah buat lagi, macam best pulak.. heheh
Sari Yusa: dulu-dulu, pantang tengok ane ngan aci jual maruku, sure kejar nak cari wadei.. hahah..
indahhouse: Cubalah buat.. taklah susah sangat pun...
salam...
ReplyDeletekak ann , saya pinjam resepi ye..tq