Hari ni kita jimatkan tenaga, tak payah cerita panjang-panjang... terus je cerita pasal lauk kita ni. Ikan Bawal Kukus ni dah pernah K.An siarkan sebelum ni dan gambarnya pun lagi 'cun' berbanding gambar kali ni... Cuaca kat luar tu redup je.. tak dapat cahaya cukup pulak ikan ni.. Tak apalah kan... Yang penting resepinya dan rasanya yang sedap.
Ikan Bawal Kukus ni kalau tak ada air asam pun tak kisah sebab dah cukup rasa masam, manis dan pedasnya.. Kalau cicah air Asam, memang tambah ummph la rasanya... Dah bertahun-tahun K.An guna resepi ni, dan anak-anak daripada yang besar sampai ke yang kecik sekali (2 tahun lebih) sukakan ikan kukus ni. Tiap kali masak licin sampai tinggal tulang.... Alhamdulillah..
1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.
2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam. (resepi air asam dalam entry lepas2 dah ada ye)
*** kali ni K.An cuma sediakan cicah budu. Hiris bawang merah, tomato, cili padi dan perahkan limau kasturi ke dalam semangkuk budu... hmmm... sedap...
*** boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni..
salam kak raihan,
ReplyDeletewah! resipi kegemaran keluarga mesti sedap! saya tak penah buat kukus lak bawal ni, biasa goreng atau kari jer. nanti2 bole try nih :)
cubalah nur, kami sekeluarga dah bertahun dan berpuluh kali dah makan bawal kukus ni... sedap tau.. memang tak cukup seekor sekarang ni...
ReplyDeletekak raihan ,thanks for the recipe ..kita dah try mmng sedp kak yummy! http://norzifoodilicioushouse.blogspot.com/2013/12/resepi-ikan-siakap-kukus.html
ReplyDelete