Bahan dan cara membuatnya sangat mudah, almaklum mengikut bekalan kami suatu ketika dulu di kampung yang tiada bekalan elektrik dan tiada peti ais...
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 peket mihun- dicelur hingga lembut- toskan
1 mangkuk udang putih, dibuang kepala dan ekor
1 ikat sawi dipotong 1 inci -ikut citarasa
1 labu bawang besar**
3 ulas bawang merah**
3 ulas bawang putih**
1 sup bunjut Adabi
3 sudu besar tomato puri/ lagi bagus kalau gunakan 1/2 tin tomato sup (kat dalam tin tu..)
1/4 cawan kicap manis
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
7 cawan air
minyak untuk menumis
Bahan ditabur di atas mihun:
1 keping Tauhu
Udang goreng
daun sup/ bawang
bawang goreng
cili merah dihiris
kicap pedas
Kicap pedas: Kisar 5 tangkai cili padi dan 2 ulas bawang merah hingga halus. Campurkan 1/4 cawan kicap manis dan perahkan sedikit limau kasturi. sedia dinikmati
Cara membuatnya:
1. Hiris halus semua bahan bertanda **. Bahagikan udang kepada 2. sebahagian digaul garam dan kunyit dan goreng separa garing. Goreng juga tauhu dan hiris nipis. Ketepikan dahulu
2. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan 7 cawan air dan sup bunjut. Didihkan. Masukkan sawi, tomato puri, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Didihkan lagi.
3. Masukkan udang dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. Mesti ada rasa masam, manis dan sedikit pedas. Masukkan mihun ke dalam mangkuk. Tambahkan bahan taburan dan kicap pedas. Masukkan kuah dan hidang panas-panas.
*** anak-anak K.An tak suka tauhu dan banyak sayur, jadi K.An buat versi ringkas je.... Senang dan laju je anak-anak makan...
*** anak-anak K.An tak suka tauhu dan banyak sayur, jadi K.An buat versi ringkas je.... Senang dan laju je anak-anak makan...
Salam k.An..mcm tau2 jer saya dok "menggile" bihun/mihun sup sejak akhir2 ni..heheh...thanks...sudi kongsi resepi ni..adeih...k.An ni mcm boleh "bau2" jer..
ReplyDeletelast week nk cari asparagus...tapi takde plak...lenkali cr lagi la...
wslm nina...hahah... betul le tu mengidam nak dapat orang baru..
ReplyDeleteK.An ni pun masak ikut rasa hati dalam perut.. lepas tepon mak tanya resepi tu, dalam 1/2 jam siap mihun. terkejut mak bila K.An tepon kata dah siap... hehehhh.. tapi mihun ringkas je nina..
2 hari lepas tengok Jamie at home, best tengok dia tanam asparagus kt belakang rumah.. subur sangat..