Di kelapangan minggu lepas, K.An membelek beberapa resepi ayam gajus tetapi tak dapat nak mengikut resepi-resepi tersebut disebabkan ketiadaan minyak bijan - yang belum terjumpa yang ada cop Halal JAKIMnya(semua resepi yang K.An jumpa menggunakan minyak bijan dalam masakan ini)
Sudahnya, dengan bekalan mangga Siam yang masih berbaki, K.An olah resepi ni yang mendapat reaksi senyum lebar suami dan anak-anak selepas menjamahnya. Malahan mungkin di lain edisi perlu digandakan jumlahnya.....supaya tak berebut-rebut mencedoknya...
Mengancam tak mangga ni..? Beli di Carrefour dengan harga RM 2.69 sahaja /kg. K.An beli 3 jenis, yang panjang, yang berkulit kekuningan dan berkulit hijau. Yang kulit hijau ni paling manis dan kalau buat pulut mangga, pasti sedap...
Bahan-bahan Ayam Gajus: (hidangan untuk 3 orang)
Mengancam tak mangga ni..? Beli di Carrefour dengan harga RM 2.69 sahaja /kg. K.An beli 3 jenis, yang panjang, yang berkulit kekuningan dan berkulit hijau. Yang kulit hijau ni paling manis dan kalau buat pulut mangga, pasti sedap...
Bahan-bahan Ayam Gajus: (hidangan untuk 3 orang)
1 keping dada ayam- dipotong sederhana kecil
3 ulas bawang putih dan 3 ualas bawang merah -hiris dan ditumbuk kasar
3 tangkai cili kering digunting 1 sm panjang
3 biji cili padi di ketuk
1/2 biji mangga masak- lecek halus isinya
3 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap manis
2 sudu besar minyak masak
garam secukupnya
1/2 cawan gajus, dipanggang keperangan- boleh beli yang siap dipanggang juga.
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng isi ayam hingga keperangan dan berbau wangi (ayam tak perlu digaul garam, kunyit ye...)
2. Tak perlu angkat ayam, terus masukkan bawang yang ditumbuk, cili kering dan cili padi. Tumis sebentar sahaja hingga berbau wangi juga. (anggaran 2 minit)
3. Tambah 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, isi mangga, kicap manis dan sos tiram. Tambah garam secukupnya. K.An tak tambah gula sebab mangga yang digunakan sudah cukup manis.
4. Masak hingga kuah pekat. Padamkan api dan masukkan gajus. Gaul rata dan sedia dihidang dengan nasi panas.
***Keistimewaan ayam gajus ni pada rasa cili kering yang digoreng dan gajus yang lemak rangup. Tak rugi mencuba...
sedapnye mangga tuh...terliur jap dengan cara potongan tu..aihhh..mengidam ke saya ni??best la k.An..mcm2 resepi ada..dalam masa saya dok belek2 blog k.An ni..dah ada resepi lagi..hehhe..cepat tul update yer..by the way, thanks coz adding my hubby's recipe .."Daging Dendeng" dalam blog k.An...heheh..terkejut gak terbaca entry tu...ada gak yg minat resepi tu..:)
ReplyDeleteoishhh mouth watering... kite tgh blogwalking nih.. singgah kat blog akak jap.. sesgt membuka selera.. dh lapar nih.. :D
ReplyDeletesalam Nina... wahhh, berbesar hati K.An dapat berkenalan dengan isteri Chef... malu pulak rasanya.. sure Nina dah biasa masak dan makan yang sedap-sedap berbanding kt periuktanah yang biasa-biasa je ni..
ReplyDeleteDaging dendeng resepi your hubby tu mmg paling sedap pernah K.An cuba. Sejak cuba hari tu, setiap kali msk dendeng , K.An tak tukar resepi lain dah.. Bukan sahaja anak2, suami, adik-beradik lain pun suka sangat... Kirim salam dan terima kasih banyak to Chef Sheikh Ezudin.
Thanx Nina..
Hai prema.. kalau lapar tu, mai sini ketuk pintu umah K.An.. Kot ada apa-apa lagi yang boleh dijamah kat meja tu... heheh.. Datang lagi ye prema!!
ReplyDeleteNampak begitu menyelerakan sekali...
ReplyDeletehurrmm..harus cuba ni kak an..nmpak menyelerakan.thx share resepi k.an..
ReplyDelete