Tuesday, February 9, 2010

Sambal Tempoyak Pucuk Ubi


Pertengahan bulan lepas telah dilangsungkan majlis kenduri kahwin adik K.An yang ke 9 daripada 10 beradik kami di sebelah keluarga lelaki di Negeri Sembilan. Yang K.An nak ceritakan selain majlis tu, ialah juadah yang dihidangkan kepada kami.

Dalam banyak-banyak lauk, yang paling K.An suka ialah sambal tempoyak pucuk ubinya yang sangat sedap.... Kalau tak kerana pedaaas yang amat, pasti licin mangkuk lauk tu K.An dan abang Azam kerjakan... heheh... Psst.. Jefrey, nanti kalau kami pergi sana lagi, k.An nak lauk ni ye..

Disebabkan dok teringat-ingat je, minggu lepas, masa ke pasar ternampak kelibat pucuk ubi. Kebetulan ada lagi bekalan tempoyak buatan sendiri dalam peti ais.. maka k.An tak lepaskan peluang buat sambal tempoyak pucuk ubi ni. Sebenarnya lain tempat, lain namanya. K.An pun tak tak pasti, orang Negoghi panggil apa ye...??

Sesuai dengan perut k.An yang tak berapa tahan pedas, resepi disesuaikan dengan citarasa K.An.. Kalau nak pedas lagi, tambah je cilinya lagi ye.

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk ubi- tak timbang pulak berapa beratnya- secekak lebih kurang
7 biji cili padi akar
2 sudu besar penuh tempoyak
2 genggam ikan bilis siap kopek
sedikit kunyit hidup
1 cawan santan pekat
garam dan gula jika perlu

Cara membuatnya:

1. Buang pucuk ubi yang tua dan asingkan yang muda sahaja. Kalau tangkainya berwarna merah, dan dikepak patah, ambil daunnya sahaja. yang hijau sahaja ambil kesemuanya. Hiris halus dan rebus hingga lembut. Pucuk ubi agak liat dan perlu direbus lama. Biar mendidih selama 10 minit sebelum ditutup api.

2. Toskan pucuk ubi dalam penapis.

3. Sementara pucuk ubi direbus, tumbuk atau kisar, cili padi, segenggam ikan bilis dan kunyit. Masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat, segenggam lagi ikan bilis yang tidak ditumbuk dan juga pucuk ubi. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kacau dan tambah garam dan gula jika perlu. (tempoyak yang k.An buat sendiri dah cukup masin dan manisnya, jadi K.An tambah sikit je garam.)

4. Kacau sebati dan apabila sambal berbau wangi, tutup api dan sedia dihidang.

6 comments:

  1. An,
    Masa kami kat negeri9 dulu, kerap dpt bekalan macam ni.. sedap kan..!!

    ReplyDelete
  2. ehehhe..namanya sambal daun kayu. Tp kalau pure org negori, smbal nya tidak begini. Diracik mcm daun rampai (lebih kasar) bersama daun2 lain (daun kunyit, daun pucuk etc)

    ReplyDelete
  3. Hihik.... thanks Awin... tu la pun, K.An pun tak pernah jumpa resepi pure negoghi punya kat majalah atau kat lain2 tpt. Kira sambal ni, versi ikut tekak K.An je..

    Kalau ada kelapangan, share le resepinya dgn K.An ye.. Tambah pengetahuan..

    ReplyDelete
  4. Tapi x pa, sambal tempoyak kak an tetap nmpk best. kalau smbl daun kayu tu guna daun kaduk, daun pucuk labu, daun kunyit, serai racik dan petai. Link dkt cni pon ok. http://www.myresipi.com/top/detail/10725

    ReplyDelete
  5. sambal tempoyak tuh bukan pucuk ubi ja.. betul lah macam awin kata, daun kayu.. dicincang... macam2 daun ada.. kami pun tatau..

    masa CNY kami balik, mak mertua buat lagi sambal tuh.. depa makan dengan pulut kuning..

    ReplyDelete
  6. madu lebah: wahhh... mengancam bunyinya tu.. mkn dengan pulut kuning.. hmmm terliur la pulak. Tapi sejak mengandung ni, K.An kalau jamah pulut ja, alamat mata pun layu semacam.. makan buat syarat boleh la.

    ReplyDelete