Sunday, November 1, 2009

Selamat Hari Ulangtahun Pertama Periuktanah...



Assalamualaikum wrt kepada semua pengikut dan pembaca blog Periuktanah yang dikasihi... Rasa sayu pulak.. Alhamdulillah, hari ini pada tarikh 1 November 2009, genaplah umur
PERIUKTANAH setahun... masih setahun jagung dan baru boleh berjalan jatuh..

Walaupun begitu, blog ini lahir dari hati tulus ikhlas K.An, Abg Azam dan anak-anak yang ingin menjadikan periuktanah wadah bagi kami berkongsi menu dan resepi masakan dari dapur kami setiap hari.

Terima kasih tak terhingga K.An ucapkan kepada suami tersayang, yang bersungguh-sungguh memulakan blog ini dan banyak membantu di peringkat awal.. (almaklum, K.An ni lembab sikit bab-bab teknikal dan IT ni.. kalau Kaunseling..haaa tak payah ajar pun lajuuu je..

Banyak cabaran juga dalam setahun ni, ada ketikanya.. gangguan talian internet, sehingga terpaksa menaip berulangkali sebab teks dan gambar yang dimuatnaik, hilang sebelum sempat disimpan dan tak kurang juga cabaran mengejar masa kerana sibuk dengan tugas seharian.

Walau apa pun yang paling penting bagi periuktanah juga adalah para pengunjung setia saban hari yang sudi singgah bertanya khabar, memberi komen dan mencuba resepi yang dikongsi di sini. Alhamdulillah , puasa tahun ini juga tugas K.An lebih mudah kerana adik-beradik dan saudara-mara yang inginkan resepi masakan, hanya perlu mengunjungi PeriukTanah... tanpa bersusah-payah menghabiskan bil telefon kerana bertanyakan resepi.

Dengan keupayaan melangkaui sempadan negara, Periuktanah juga berjaya memperkenalkan K.An kepada ramai rakan blogger yang lain terutama dalam bidang masakan tidak kira di dalam mahupun di luar negara..

Sekali lagi K.An panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kekuatan untuk K.An insyaAllah meneruskan usaha berkongsi pelbagai resepi enak, terutama resepi tradisi yang tak ingin kita biarkan hilang dan luput dek arus permodenan. Semoga usaha yang ditabur dan nikmat yang kita perolehi bersama menjadi amal ibadah kita kepada Allah
dan bekalan di akhirat nanti.

***gambar bersama K.Ina (wulan) yang dikenali melalui Periuktanah




*** bersama Cik Daun (blogger juga) dengan baby Iqbal Wafiq yang
comel





Hari ini dengan kunjungan ke 36 250 (ketika N3 ini ditulis), genaplah
setahun umur Periuktanah... Terima kasih Ibu K.An, Ibu Mertua, makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik, ipar duai, rakan rakan blogger, Cik Mat, Kak Umie, Hana (Jepun), Ijan(Finland), Cik Manggis( Putrajaya), Dr Zaidi, Kak Rinn, Cik Wan, Rose (Jepun), Hazila, Intan Zaizurin dan Syed(Swiss), Wulan, Cikgu Zam, Jannah, Saleha (Singapore), k.Fatahyah, K.Zulfa (Dubai), Fida (Ireland), Saadiah (kawan sekolah rendah) dan ramai lagi tak dapat disebut -kalau ingat nanti K.An tambah....(jangan kecil hati ye...)

Shukran Jazilan.... .. Jemputlah singgah selalu...


6 comments:

  1. Dibaca dengan nada lagu cerita haji bakhil.. Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan blog periuktanah... Allah selamatkan kamu...aminnn... tahniah yang...

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun 'periuk tanah'... moga terus bersiaran dgn penuh semangat.. terima kasih tak terhingga dgn bekalan petua, nasihat dan resepi2 yang amat membantu.. terubat rindu dari kejauhan ini walau tak semua yang mampu dicuba.. terima kasih sekali lagi An, Azam & anak2..

    salam sayang penuh kasih - Kak Fa, London..

    ReplyDelete
  3. salam....

    hai... selamat menyambut ulang tahun periuktanah... ehehheh... saya follower akak yang baru je beberapa hari....

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    Happy anniversary to periuk tanah...;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah n selamat ulangtahun
    'periuk tanah'.halalkan resipi apam yg k.ros dh amik tu ye!Sabtu baru ni k.ros buat utk ibu n mertua kt kmpng,mereka sangat suka...

    ReplyDelete
  6. Selamat Ulangtahun pertama Kak An, semoga selau letak resepi dengan tips2 yang berguna..

    Kite suka baca dan terliur2 baca resepi dan tatap gambar nya.. Nak masaknya malas.. :P

    Ampeh sungguh.. tapi berangan tak salah kan? :P

    ReplyDelete