Selain rupa yang menarik, sandwich ni sangat praktikal sebagai bekalan ke sekolah atau jalan-jalan dan berkelah. Penyediaannya di waktu malam dan di pagi hari, boleh terus disajikan. Sandwich ni juga berkhasiat dan mengenyangkan kerana padat dengan lauk dan sayuran. Resepi asalnya daripada Puan Lin (Norzailina Nordin) yang mana K.An tonton rancangan masaknya lebih kurang 6 tahun lepas... (lamanya dah..) Mungkin Puan Lin pun dah tak ingat rancangan tu..
8 keping roti sandwich
1 mangkuk sambal sardin yang dihancurkan isinya bersama kuahnya2 keping slice cheese dipotong 2(ikut citarasa) boleh diganti dengan cream cheese
daun salad secukupnya
hirisan tomato
margerin secukupnya
***timun, telur dadar ikut citarasa boleh juga dijadikan filling
1. Nipiskan roti menggunakan pencanai agar tekstur roti padat. Buat hingga habis. Kemudian sapukan margerin/mentega di atas setiap keping roti.
2.Letakkan inti sardin dan daun salad di atas sekeping roti dan letakkan cheese dan tomato di atas kepingan roti kedua. Gulungkan roti seperti dalam video.
3. Bungkus dengan kemas dengan foil aluminium . Buat hingga habis dan simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. Selepas itu, buka pembungkus dan potong sandwich setebal 1/3 inci dan boleh dihidang.
..
Sedapnye sandwich... gambar pun cantik :)
ReplyDeletewahh best la idea ni! tQ kak kongsi resepi n video! :)
ReplyDeleteblogresepi- sila cuba, rupa cantik, rasanya memang sedaap..
ReplyDeletehana- ini antara resepi klasik k.an dan keluarga.. dah banyak kali share resepi ni dengan orang lain, takde lagi yang cuba.Kalau Hana yang rajin ni, setakat sandwich camni sure takde hal punya..kan..kan..?
alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkk
ReplyDeletesuami mmg minta sandwich sardin utk dia pg nih .. kira2 dia balik keje 9am ..
kita dh terbuat yg bukan roll ..
tak per .. next time .........