Wednesday, May 20, 2009

Kuih Nagasari

Musim panas kering macam sekarang ni, tekak pun nak menjamah yang lembut-lembut, sejuk dan cair kat lidah je... kurang juga guna tenaga mengunyah.. Baki pisang ada lagi kat peti ais. Malas nak buat yang susah, buat je kuih nagasari ni... kuih tradisi lagi..


Bahan-bahan: (menghasilkan 10-12 bungkus nagasari)

Bahan A

50 gm tepung beras (3/4 cawan)

1/2 liter santan sederhana pekat(3/4 cawan)

1 sudu teh garam

Bahan B:

5-7 biji pisang masak dan manis(raja/ awak /emas)

daun pisang bersaiz 6 inci X 6 inci secukupnya

Cara membuatnya:

1. Layur daun pisang di atas api agar lembut. Ketepikan.

2. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan kacau sebati menggunakan api perlahan. Kacau hingga adunan pekat dan berkilat. Matikan api. Ketepikan.

3.Belah dua pisang memanjang. Sediakan daun pisang. Ambil 1 sudu besar adunan bahan A yang dimasak tadi dan letakkan di atas daun pisang. Ratakan sedikit.

4. Letakkan sebelah pisang di atasnya dan ambil lagi sedikit adunan bagi menutup pisang itu.

5. Bungkus dengan kemas. Buat hingga habis. Panaskan pengukus dan kukus kuih selama 10 minit. Keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dihidang.

Tu dia... sedia untuk di mamammm...

*** adunan yang sama boleh digunakan untuk buat kuih Tepung Bungkus

3 comments:

  1. akakkk... sedapnyer nagasari!! nk mintak ado laie tak?? hehehe

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...emmm...sedapnye..lame tk makan kuih ni....

    ReplyDelete
  3. Hana... meh..meh..kito buek laie..anak-anak k.an pun kata tak cukup.. nak lagi..hihik

    salam mama.R.. kuih ni mmg tak jumpa kat kedai.. kena buat sendiri. Kalau ada pun tunggu bulan pose nanti ada kot jual kat bazar Ramadhan..

    ReplyDelete