Friday, March 13, 2009

Cencaru Sumbat Panggang

Bagi yang biasa tinggal di asrama pastinya mengenali 'ikan jeket' ni... Anak-anak K.An tanya, kenapa panggil ikan jeket? Kelakar bunyinya... Sebenarnya ikan ni memang selalu dihidangkan di asrama sebab harganya yang murah dan saiznya agak besar berbanding ikan selar atau ikan pelaling yang mempunyai harga yang sewaktu dengannya.

Ramai yang tak suka 'ikan jeket' sebab di asrama, dengan jeket tidak ditanggalkan, bila digoreng, rasanya kurang enak dan rupanya pun 'kurang cantik'... Bagi K.An dah biasa dengan ikan cencaru ni sejak dari 'kecik' lagi. Mak K.An lebih suka memanggangnya begitu sahaja ataupun dibuat cencaru sumbat macam yang di bawah ni. Maka, taklah ikan jeket ni tak laku, sebaliknya sangaaat digemari kami sekeluarga.


Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)

2 ekor ikan cencaru saiz sederhana- buang kulit, belah belakang

1 cawan kelapa parut putih

2 sudu besar cili kisar

1 biji cili padi

sedikit serbuk kunyit/ kunyit hidup

1 batang serai dihiris kecil

2 ulas bawang merah dihiris

garam, gula secukup rasa

daun pisang untuk membalut ikan

Cara membuatnya:

1. Bersihkan ikan, basuh, toskan dan lumurkan dengan garam. Ketepikan.

2. Tumbuk cili padi, serai, kunyit hidup dan bawang merah hingga halus. Gaulkan dengan kelapa parut dan masukkan sedikit garam dan gula.

3. Bahagi 2 sambal kelapa. Sumbatkan ke dalam ikan seperti di dalam gambar. Balut dengan daun pisang setiap seekor. Kemaskan dengan lidi atau 'stapler'.

4. Panaskan kuali dan panggang hingga ikan berbau wangi dan daun pisang garing. Boleh juga dipanggang di dalam oven atau di atas arang/ sabut seperti membakar sate (lagi sedap). Terbalikkan ikan supaya ikan masak rata.

5. Setelah masak, sedia dimakan bersama nasi putih dan air asam. Cencaru sumbat ni boleh dimakan tanpa air asam kerana sambal kelapa tu dan cukup sebagai pelengkapnya.

5 comments:

  1. kak an,telan air liur saya tgk cencaru tu.sedapnye!!! sini tak de ikan cencaru.ikan dia dh potong2 kat sini.tak best..
    hari ni saya masak ayam masak kunyit resepi kak an.tak sabar nak makn ;)

    ReplyDelete
  2. Baru hari ni sempat buka blog.. anak-anak cuti sekolah sibuk sikit. macam2 aktiviti.Belum masuk berebut komputer ngan anak lagi..he..heh. Selalunya anak yg menang.. Camne ayam kunyit yang Hanies masak...?

    ReplyDelete
  3. oh,ayam kunyit tu.sedap! saya try masak meehun goreng kak an jugak.sedap ;)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...selera kita sama lah tu.. baru 2 hari lepas masak mihun.. all time favourite

    ReplyDelete
  5. salam
    sedapla cencaru sumbat panggang
    lehla buat menu untuk berbuka pose ari nie...
    minta kebenaran yer kak..........

    ReplyDelete