Setelah 5 kali bersalin dengan pelbagai pengalaman (normal, mudah, bedah,sakit lama, vakum pun dah rasa), alhamdulillah, tempoh berpantang bagi K.An tidaklah menyeksakan. Yang penting K.An memang berselera makan dan bertenaga sepanjang tempoh tu.. Air susu untuk 'baby' pun banyak. Rezeki daripada Allah..
Bab makan, K.An tak cerewet dan senang nak bela K.An..heh.he. (tapi bela diri sendiri selalunya..) Menu pantang K.An antaranya, sup sayur, sup ayam, sup Ikan Nyok-nyok atau ikan merah, telur dadar, ikan dan ayam kukus, ikan dan ayam bakar dan cicah air asam dengan lada hitam. Di sini K.An kongsi resepi mudah untuk semua, masa pantang boleh, pantang tengok pun boleh...
Ikan Bawal Kukus. (boleh diganti dengan siakap, bawal putih atau ayam dll)
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal sederhana besar dibersihkan dan dilumur garam
1 labu bawang besar dihiris membujur
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihirs halus memanjang
1 biji cili merah dihiris serong
2 biji cili padi diketuk
1 batang serai diketuk
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu besar air limau kasturi atau limau nipis.
Cara-cara:
1. Masukkan ikan ke dalam bekas tahan panas.
2. Taburkan semua bahan dihiris dan diketuk ke dalam bekas berisi ikan.
3. Tuangkan air asam dan air perahan limau ke atas ikan.
4. Panaskan pengukus hingga mendidih. Kukus ikan 20 minit atau hingga ikan masak dengan api kuat. Terbalikkan ikan selepas 10 minit agar rencah dan air asam meresap sekata ke dalam ikan.
5. Angkat ikan dan hidang dengan air asam.
Air asam:
1/2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar dibelah dua dan dihiris melintang
2 biji cili padi dihiris halus
1 biji cili merah dihiris
1 sudu besar sos cili (jika suka)
secubit belacan
1/4 sudu teh kerisik
1/2 biji tomato dihiris
1 sudu besar perahan limau nipis atau kasturi
garam, gula secukup rasa
*** campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sebati. Sedia dihidang
sungguh mudah diikuti/terima kaseh.
ReplyDeletebaru hendak cuba memasak sejak bersara ni
Selamat mencuba tuan... memang mudah je ni.. terima kasih sudi singgah periuktanah.
ReplyDelete