Thursday, May 17, 2012

Nasi Kuning, Rendang Ayam

Assalamualaikum wrt...

Rindunya tak terkata pada semua rakan-rakan, kaum kerabat, saudara-mara pengunjung Periuktanah... Dah lebih 3 bulan K.An tak bersiaran disebabkan padatnya jadual memasak setiap hari. K.An tak ke mana pun... di dapur menyiapkan menu harian tadika dan selanjutnya menjalankan tugas penghantaran pagi, tengahari dan  petang. Memang tak bernafas rasanya.... apa lagi nak mengadap lap-top dan bersantai-santai macam dulu-dulu. Jauh lagi nak melawat dapur kawan-kawan....

Banyak yang nak diceritakan, tapi K.An tangguhkan dulu bagi memberi laluan kepada menu kita hari ini. Ringkas tapi menyelerakan...

Nasi Kuning ni amat sesuai untuk mereka yang tak tahan perut kalau makan pulut banyak-banyak, tapi suka dengan rasa pulut kuning. Sebabnya, nasi kuning ni, sekali pandang dan sekali jamah, saling tak tumpah dengan rasa pulut kuning. Anak-anak K.An yang kecik dua orang tu pun masih tak percaya bila K.An kata ...ini nasi, bukan pulut.... Ahh.. tak kisahlah, asalkan mereka tetap gemarkannya...

Dalam tempoh 3 bulan, dah 3 kali K.An masak nasi kuning ni sebab K.An letakkan dalam menu tadika. Budak-budak memang suka.. tambahan pula dipadankan dengan rendang ayam ataupun daging... Kalau nak tahu, bolehlah cuba sendiri..

Bahan-bahan Nasi:

(Hidangan untuk 5 orang dewasa)

2 cawan beras super 5%
1/4 sudu teh serbuk kunyit- ikut jenis kunyit juga, ada yang kuning, ada yang tidak.. (pandai-pandai 'adjust' ye)
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1/2 sm halia diketuk
5 biji buah pelaga- untuk menghasilkan bau harum nasi
1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih dan 1 inci kecil kulit kayu manis
3 1/2 cawan air biasa
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan- dicarik dan disimpul

Cara membuatnya:

1. Letakkan periuk nasi di atas dapur gas. Masukkan minyak dan panaskan. Tumis bawang, halia dan rempah ratus hingga wangi.
2. Masukkan daun pandan dan beras dan goreng beras sambil dikacau selama 2 minit.
3. Angkat periuk dan alihkan ke punca elektrik. Masukkan air, garam dan kunyit ke dalam periuk nasi. Kacau sedikit dan masak nasi seperti biasa sehingga masak.

Rendang Ayam

1/2 ekor ayam anggaran 1 kg- bersihkan dan potong kecil
2 cawan santan pekat- 1 cawan pati santan dicampur 1 cawan air  (boleh tambah jika ingin kuah yang lebih banyak)
1 sudu besar kerisik
***3 tangkai cili merah dan 3 tangkai cili padi akar(ikut citarasa kepedasan)
***5 ulas bawang merah, 1 sm halia, 1 sm lengkuas, 2 tangkai serai dihiris nipis, 1/4 sm kunyit hidup
kisar bahan bertanda *** hingga halus
daun kunyit dan sedikit daun limau purut diracik halus
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Masukkan ayam dan semua bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan santan dan hidupkan api. Biar santan mendidih barulah kacau rendang sekali-sekala. Gunakan api sederhana. Masukkan sedikit garam dan gula.

2. Kacau rendang sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik dan gaul rata. Tambah garam atau gula jika perlu. Akhir sekali taburkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul sebati dan matikan api. Sedia dihidang bersama  nasi kuning. Jika suka ada rasa masam-masam dalam hidangan, bolehlah tambah acar buah, atau jelatah atau pajeri nanas... pasti tidak mengecewakan.

*** Kalau ada tetamu yang datang terkejut tergempar, bolehlah cuba menu ni, sebab bahannya mudah dan selalunya ada di dalam simpanan kita.

Selamat mencuba!!

11 comments:

imah said...

Salaam..
Kak An..seronoknya tgk dah ada update kt blog ni ;)lama sgt membisu..hehe..rendang ayam buatkan kecur air liur saya...TQ TQ ;) - silent follower n penceduk resepi...

imah said...

Salaam Kak An..
Alhamdulillah, sronok x terkira tgk Kak An kembali update blog :) Trima kasih..smoga diberi kelapangan untk selalu update blog ngan resepi yg best2 mcm biasa. Thanks a lot Kak An...

-Silent follower aka penceduk resepi2 Kak An

Rohah said...

sedapnye kak, tgk gandingan nasi ngan ayam tu..

Evelyn Gemina said...

Salam & selamat berkenalan....nampak sedap sekali rendang dihidangkan bersama nasi kuning tu, saya ni memang peminat rendang : )

MAK TEH said...

salam, pertama kali kesini, tadi terstumble ke resepi n. dagang, hmmm...cik An pandai memasak.nasi kuning ni lebih kurang sama ngan nasi kuning t'ganu yg dimkn bersama gulai ikan Aya( gulai n. dagang)selalunya utk sarapan.ya org T'ganu mmg suka sarap yg berat2 spt n.dagang, n. minyak dll

blogresipi.com said...

Salam Kak An,
Harap2 Kak An sihat2 selalu. Sedap pulut kuning, masa saya kecik2 ada lauk telur dadar pun dah cukup berselera. Kalau ada rendang macam ni lagi lah sedap :)

Linda Sabri said...

emmmm dapnyer

Linda Sabri said...

kalau dapat makan free pun sedap nih

indahhouse said...

Salam Ramadhan al mubarak, kak raihan, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.

nuyun said...

Bestnya

chefgunawanmalaysia said...

bangkit selera ni....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin